Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja perempuan warga Ireland Nora Anne Quoirin, 15, diteruskan 24 jam dengan usaha mencari pada sebelah malam bertumpu di bahagian darat.
Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Nor Marzukee Besar berkata operasi SAR sejak hari pertama remaja itu dilaporkan hilang, tetap diteruskan tanpa henti meskipun ketika waktu malam.
"Operasi SAR di waktu malam memang kita teruskan kecuali pemantauan Pasukan Gerakan Udara yang hanya dijalankan pada sebelah siang," katanya kepada Bernama di sini, pada Selasa.
Tinjauan Bernama mendapati anggota keselamatan dilihat masih mengawal laluan menghala ke resort The Dusun, Pantai, di sini dan petugas media juga tidak dibenarkan berada di kawasan itu memandangkan keadaannya yang gelap, selain berbahaya.
Selain itu, kenderaan unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ambulans unit Emergency Medical Rescue Services (EMRS) Jabatan Bomba dan Penyelamat juga dilihat berlegar-legar di sekitar lokasi pencarian.
Laluan menuju ke resort pada sebelah malam juga gelap dan hanya bergantung kepada lampu kenderaan untuk melalui kawasan berkenaan selain jalannya yang berliku.
Agensi keselamatan yang terlibat dalam SAR antaranya polis, Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 4 Semenyih, PGA Batalion 3 unit Senoi Praak, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Perhutanan negeri, kakitangan Sapura, serta penduduk tempatan, termasuk Orang Asli.
Pencarian Nora Anne, yang masuk hari ketiga pada Selasa diteruskan secara bersepadu dengan tumpuan diberikan di kawasan lereng bukit dan sungai.
Tumpuan pencarian juga masih di sekitar kawasan sekeliling resort berkenaan seluas empat hektar dan dipecahkan kepada empat sektor selain tinjauan dari udara.
Ahad lepas media melaporkan remaja berkenaan disedari hilang daripada bilik penginapannya di sebuah resort di sini oleh keluarganya pada pukul 8 pagi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 06 2019
Pencarian Nora Anne (kanan), yang masuk hari ketiga pada Selasa diteruskan secara bersepadu dengan tumpuan diberikan di kawasan lereng bukit dan sungai. - Gambar fail
Bekas pemain bola sepak Manchester City sah Presiden Georgia
Mikheil Kavelashvili dilantik sebagai Presiden oleh Parlimen Georgia selepas 16 hari protes melanda pekan dan bandar negara berkenaan.
DBKL lanjut tempoh permohonan tapak bazar Ramadan
Ia bagi memberi peluang kepada lebih ramai penjaja yang berkelayakan untuk mengambil bahagian.
Tentera Rusia berundur dari selatan Syria
Sebuah konvoi kenderaan tentera Rusia dilaporkan berundur dari wilayah selatan Syria menuju ke pangkalan tentera di Tartous, bandar pesisir Latakia, utara negara itu.
Menurut media antarabangsa, konvoi kenderaan tentera dilihat melalui lebuh raya Damsyik-Homs menuju utara.
Menurut media antarabangsa, konvoi kenderaan tentera dilihat melalui lebuh raya Damsyik-Homs menuju utara.
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) pada Sabtu mengeluarkan sebuah gambar yang memaparkan wajah seorang wartawan dari Amerika Syarikat, Austin Tice yang hilang di Syria pada 2012.
Menerusi hantaran di X, gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan paras beliau pada usia 40-an.
Menerusi hantaran di X, gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan paras beliau pada usia 40-an.
Thailand tewaskan Malaysia 1-0
Rekod tanpa kalah skuad bola sepak negara dalam kempen Kumpulan A Piala ASEAN lebur apabila tewas 0-1 kepada Thailand dalam aksi di Stadium Rajamangala, Bangkok, pada Sabtu malam.
Kemenangan dilakar apabila Kesilapan penjaga gol Malaysia Muhammad Haziq Nadzli ketika mengeluarkan bola dengan sempurna dimanfaatkan pemain Thailand, Patrik Gustavsson pada minit ke-57.
Kemenangan dilakar apabila Kesilapan penjaga gol Malaysia Muhammad Haziq Nadzli ketika mengeluarkan bola dengan sempurna dimanfaatkan pemain Thailand, Patrik Gustavsson pada minit ke-57.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Polis menahan tiga lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM44,200 di hadapan sebuah pasar raya di Bera pada Sabtu.
Menerusi kenyataan, ketua Polis Daerah Bera Supt Zulkiflee Nazir berkata pemeriksaan terhadap ketiga-tiga suspek itu menemukan dadah disyaki heroin seberat 1,379.81 gram dan syabu seberat 26.60 gram.
Menerusi kenyataan, ketua Polis Daerah Bera Supt Zulkiflee Nazir berkata pemeriksaan terhadap ketiga-tiga suspek itu menemukan dadah disyaki heroin seberat 1,379.81 gram dan syabu seberat 26.60 gram.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar pada Sabtu malam.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada 9.44 malam.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada 9.44 malam.
Yoon Suk Yeol ikrar lakukan yang terbaik untuk Korea 'hingga ke penamat'
Suk Yeol membuat janji itu ketika berdepan penggantungan tugas selepas Parlimen mengundi untuk mendakwa beliau.
Mangsa banjir kekal 47 orang di dua negeri
Jumlah mangsa banjir kekal kepada 47 orang sahaja setakat 6 pagi, Ahad.
Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 2 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dibuka melibatkan 2 negeri.
Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 2 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dibuka melibatkan 2 negeri.
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Semua pihak perlu berganding bahu bantu mangsa banjir - Nga
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming menyeru semua pihak supaya berganding bahu membantu mangsa yang terjejas dengan bencana banjir.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Mayat reput ditemukan di susur keluar Rawang Bypass
Mayat yang telah reput itu diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.
Penunggang motosikal parah, 5 cedera kemalangan babit ambulans KKM
Seorang penunggang motorsikal wanita cedera parah manakala lima lagi cedera ringan dalam kemalangan membabitkan sebuah ambulans dengan empat kenderaan di Jalan Kajang Perdana, di sini pada Isnin.
Anggota bomba cedera ketika padam kebakaran di Sungai Buloh
Seorang anggota bomba cedera ketika memadamkan kebakaran melibatkan tiga buah rumah di kawasan perumahan Rancangan Rumah Murah Kuang, Sungai Buloh.
JBPM Terengganu masih mampu berdepan situasi banjir semasa - Pengarah
Kekuatan sedia ada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu setakat ini masih berupaya mendepani situasi semasa banjir di negeri itu.
Dua beradik maut, seorang cedera insiden tanah runtuh di Kuala Berang
Dua beradik perempuan terkorban dalam insiden tanah runtuh yang menghempap rumah mereka di Kampung Bukit Apit, Ajil, di sini pada 4.30 petang tadi.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
Bomba Perak giat cari lelaki Orang Asli hilang ketika memancing
JBPM Perak sedang giat mencari seorang lelaki Orang Asli yang dipercayai hilang selepas keluar memancing di Sungai Tumboh, Kampung Gajah, dekat sini sejak petang semalam.
Banjir: JBPM beri tumpuan lima negeri terdedah hujan luar jangka
JBPM memberi tumpuan utama kepada Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan barat Sarawak yang dijangka terdedah kepada hujan luar jangka pada bulan hadapan hingga boleh mengakibatkan banjir.