GUA MUSANG: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki Orang Asli Bateq yang dilaporkan hilang dikhuatiri diserang harimau ketika memancing di hulu Sungai Aring, Kampung Aring 5, di sini, diteruskan pada hari kedua hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Gua Musang DSP Azmi Mokhtar berkata kumpulan 14 anggota penyelamat yang terdiri daripada anggota polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) terpaksa bermalam di dalam hutan malam tadi.
Beliau berkata kumpulan penyelamat berkenaan meneruskan perjalanan pagi ini dan belum tiba di tempat kejadian yang berjarak sembilan kilometer (km) dari Kampung Aring 5.
"Seawal 8 pagi hari ini mereka sudah bergerak ke tempat kejadian dan sudah sampai sejauh jarak lima kilometer. Agak sukar menganggarkan masa yang tepat untuk sampai ke lokasi memandangkan kawasan berbukit.
"Terdapat kumpulan tambahan pencari melibatkan 10 anggota Perhilitan bagi kumpulan pertama yang masuk (ke hutan) melalui jalan sungai menggunakan kanu, manakala kumpulan kedua terdiri daripada 16 anggota menggunakan jalan darat," katanya kepada pemberita di Kampung Aring 5 di sini hari ini.
Azmi berkata SAR berkenaan juga akan dibantu anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) bermula esok.
"Kanu digunakan kerana terdapat jeram dan risiko kayu balak melintang jalan. Kita ada bot daripada pihak polis, bomba serta APM tetapi apabila kita selidik bersama masyarakat Orang Asli, kita dapati bot tidak lepas untuk ke sana.
"Jadi kita terpaksa gunakan cara lain iaitu kanu," katanya.
Dilaporkan, mangsa iaitu Halim Asin, 27, hilang ketika sedang memancing bersama anak saudaranya Alang Kuang, lapan tahun, kira-kira 11.30 pagi semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 11 2023
SAR berkenaan juga akan dibantu anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) bermula esok. - Bernama
Akta Laut Wilayah masih sah, terpakai termasuk di Terengganu - PMO
Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750) masih sah dan terpakai di seluruh Malaysia termasuk di Terengganu, walaupun Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu membuat keputusan menolak pemakaiannya.
Yakeb sasar 1,000 bekas atlet baharu tahun ini
Yakeb menyasarkan seramai 1,000 bekas atlet dapat berdaftar di bawah yayasan itu sepanjang tahun ini. Yayasan Kebajikan Atlet K
Pulau Pinang mahu perbanyak kedai makan mesra muslim
Kerajaan Pulau Pinang berhasrat memperbanyakkan kemudahan terutama kedai makan mesra Muslim bagi memperkasakan lagi industri pelancongan di negeri ini.
Tiga firma semikonduktor mahu labur AS$100 juta di Pulau Pinang - Chow
Syarikat berkenaan adalah China Wafer Level CSP Co (WLCSP), Ningbo SJ Electronics Co (SJE) dan Wuxi AMTE Inc (AMTE).
Johor pastikan masalah bekalan air ketika perayaan tidak berulang
Kerajaan negeri akan berusaha memastikan sifar masalah bekalan air pada hari raya tahun hadapan dengan beberapa langkah telah diambil.
41 kes kebakaran terbuka di Gua Musang sejak Februari - Bomba
Aktiviti pembakaran terutamanya di kebun, ladang dan hutan perlu dielakkan ketika musim panas ini.
Runtuhan bangunan di Gaza akan ambil masa 14 tahun untuk dialihkan - Pegawai PBB
Serangan Israel telah meninggalkan runtuhan yang dianggarkan seberat 37 juta tan dalam satu wilayah yang padat dengan penduduk.
Fokus Minggu Depan: Gelanggang PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Ikuti kupasan Timbalan Ketua (Strategi), Ibu Pejabat Asia UNSDSN, Universiti Sunway, Prof. Wong Chin Huat mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu yang bermula seusai proses penamaan calon pada Sabtu.
Wanita lintas jalan hingga akibatkan kemalangan direman
Seorang wanita berusia 35 tahun yan melintas jalan sehingga mengakibatkan berlakunya kemalangan maut di KM98.6 LPT 1 direman dua hari.
MINDEF sedia dapatkan khidmat pakar luar negara jika perlu
Kementerian Pertahanan sedia mendapatkan khidmat pakar dari luar negara jika diperlukan untuk membantu siasatan nahas dua helikopter TLDM yang mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya.
ProKhas KPM akan pastikan setiap pelajar Orang Asli tidak keciciran
Selain dapat mengurangkan masalah keciciran dalam kalangan pelajar Orang Asli, ProKhas berfungsi menyediakan kesamarataan untuk mereka.
Usaha cari bakat baharu golongan Orang Asli, luar bandar perlu dipergiat - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan tidak sesekali akan meminggirkan kanak-kanak Orang Asli dan luar bandar dalam menyediakan peluang dan akses untuk bersukan.
Orang Asli cedera dicakar harimau
Mangsa berusia 52 tahun mengalami cedera di muka dan beberapa anggota badan akibat dicakar pak belang.
Awang selami ilmu agama, bimbing masyarakat Orang Asli setempat
Sifat murni Awang untuk mengembangkan ajaran Islam membuahkan hasil apabila beliau berjaya mengislamkan ramai masyarakat Orang Asli.
Cuaca panas: Orang Asli hadkan aktiviti luar rumah, masuk hutan
Bahang cuaca panas menyebabkan masyarakat Orang Asli suku kaum Temiar di Pos Brooke terpaksa mengurangkan aktiviti di luar rumah dan masa bekerja di dalam hutan.
Orang Asli di Pahang tidak perlu khuatir ladang getah, kelapa sawit tetap beroperasi
Kerajaan negeri kini sedang melaksanakan beberapa tindakan ke atas tanah terlibat bagi memudahkan proses pembayaran cukai tanah sebagaimana dilakukan terhadap agensi lain.
DOSM Terengganu dekati komuniti Orang Asli, elak tercicir daftar PADU
Jabatan Perangkaan Malaysia Terengganu giat menjalankan program pendaftaran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) melibatkan komuniti Orang Asli.
Sistem PADU bantu Orang Asli elak tercicir inisiatif kerajaan
Along, dari suku kaum Temiar yang tinggal di Pos Belatim, berkata dia sanggup menunggang motosikal untuk hadir di kaunter PADU.
Banjir: JAKOA akan pastikan masalah Orang Asli diselesaikan
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) akan memastikan setiap masalah yang dihadapi mangsa banjir melibatkan masyarakat Orang Asli di seluruh negara, akan diselesaikan segera.
JAKOA pastikan bekalan makanan Orang Asli terjejas banjir sentiasa cukup
Sehingga kini terdapat tiga Kampung Orang Asli di Mersing dan enam di Kluang yang terjejas hubungan susulan banjir.