Operasi SAR runtuhan di Pulau Perhentian masih diteruskan

Astro Awani
November 9, 2023 14:03 MYT
Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Terengganu, Muhammad Basri Kamarazaman berkata kejadian tersebut turut menyebabkan empat lagi individu cedera. - Sumber foto JBPM
KUALA LUMPUR : Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat dijalankan bagi menyelamat mangsa yang dikhuatiri masih tertimbus di bawah runtuhan bangunan di sebuah resort di Pulau Perhentian, di sini masih diteruskan.
Dalam kejadian pada pagi Khamis, empat pekerja warganegara Myanmar dikhuatiri tertimbus di bawah runtuhan bangunan yang sedang dalam pembinaan.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Muhammad Basri Kamarazaman berkata kejadian tersebut turut menyebabkan empat lagi individu cedera.
Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian itu pada pukul 7.34 pagi.
"Susulan itu pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Besut telah bergegas ke lokasi kejadian," ujarnya.
Tambahnya lagi, mangsa yang cedera telah dihantar ke klinik kesihatan Pulau Perhentian untuk menerima rawatan.
"JBPM telah memohon bantuan unit anjing pengesan K9 serta unit udara untuk digerakkan ke lokasi terbabit bagi mengeluarkan mangsa," katanya.
#mangsa tertimbus #JBPM Besut #Pulau Perhentian #warga myanmar