Satu operasi dinamakan 'Operasi Subsidi' selama lapan hari melibatkan lima agensi penguatkuasaan di sini merampas pelbagai barangan kawalan dan bersubsidi serta menyita lima kenderaan bernilai RM70,000.
Pengarah Kastam Sabah Datuk Dr Janathan Kandok berkata 13 individu turut ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan dalam operasi yang bermula 1 Januari lepas.
"Kesemua yang ditahan terdiri daripada warga tempatan dan asing dan disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Kastam 1967," katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan Operasi Subsidi Siri 1/2013 di sini hari ini.
Operasi itu melibatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Pasukan Polis Marin, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Majlis Perbandaran Tawau dan Jabatan Kastam.
Katanya Operasi Subsidi dilaksanakan bermula tahun lalu berikutan penubuhan Jawatankuasa Pemantau Barangan Kawalan/Bersubsidi pada Julai tahun lalu bagi membanteras masalah penyeludupan keluar barangan kawalan dan bersubsidi ke negara jiran.
Janathan berkata antara barangan kawalan dan bersubsidi paling banyak dirampas dalam operasi itu ialah 7,805 kilogram (kg) gula pasir bernilai RM14,049, 140 kg minyak masak (RM224), 155.92 kg daging beku (RM935.52) dan tujuh tong gas LPG (RM350).
Sementara itu, beliau juga bersetuju supaya Jabatan Imigresen dan Jabatan Pengangkutan Jalan turut dimasukkan dalam Jawatankuasa Pemantau Barangan Kawalan/Bersubsidi bagi membolehkan penguatkuasaan undang-undang barangan kawalan dan bersubsidi lebih cekap.
Katanya berdasarkan pengalaman ada sesetengah kes seperti pemilik kenderaan mengubah suai tangki minyak kenderaan mereka yang disyaki untuk penyalahgunaan minyak bersubsidi, tidak dapat diambil tindakan kerana bidang kuasa mengenainya terdapat pada agensi lain.
Janathan juga mencadangkan supaya Jabatan Kastam dan agensi penguatkuasaan lain diberi kuasa khusus di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 untuk membolehkan dan memudahkan agensi berkenaan membantu KPDNKK menguatkuasakan akta itu.
Mengenai Jeti Pendaratan Batu-Batu, Janathan bersetuju dengan cadangan supaya kerajaan membenarkan pendaratan barangan dan penumpang di jeti secara sah supaya kawalan aktiviti keluar masuk barangan di situ dapat dipantau secara berkesan.
Bernama
Mon Jan 14 2013
Isu ladang musang king: Polis kenal pasti wakil rakyat untuk bantu siasatan
Polis kini sedang mengambil keterangan beberapa individu berhubung insiden menghalang penjawat awam menjalankan tugas ketika operasi penguatkuasaan di hutan simpan di Raub.
KHSB tawar 2,340 unit teres di bawah projek Rumah Selangorku di Bernam Jaya
Sebanyak 2,340 unit rumah teres akan dibangunkan di bawah projek Rumah Selangorku berskala besar pertama di negeri ini dikenali sebagai Lagenda Ardea.
Pelaburan AI perlu dimanfaatkan di setiap peringkat masyarakat
Menurut Profesor Rangkaian Komputer dan Keselamatan Siber Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, UPM, Prof. TS. Dr Zuriati Ahmad Zukarnain, inisiatif ini telah disusun untuk memberi panduan yang jelas dalam sokongan terhadap ekosistem pembangunan dan penggunaan teknologi AI negara.
Mesyuarat kaji penubuhan rangkaian 5G kedua Selasa depan
Ahli Lembaga Pengarah Digital Nasional BHD (DNB) akan mengadakan mesyuarat pada minggu depan bagi mengkaji laporan usaha wajar berkaitan penubuhan rangkaian 5G kedua.
DNB, Ericsson bekerjasama memangkinkan pendigitalan
Kerjasama itu menandakan inisiatif industri perintis yang akan membuka jalan kepada teknologi termaju untuk membolehkan pendigitalan perusahaan merentas pelbagai industri berbeza dan memacu Malaysia ke hadapan sebagai negara digital terkemuka.
Malaysia mungkin perlu import lebih banyak gas
Malaysia mungkin berdepan keperluan mengimport lebih banyak gas bagi tujuan penjanaan tenaga elektrik pada tahun-tahun akan datang sekiranya terus bergantung kepada komoditi itu tanpa usaha mempercepat peralihan kepada tenaga lebih lestari.
Maybank Research turunkan unjuran pertumbuhan KDNK Thailand kepada 2.4 peratus
Maybank Research Pte Ltd, Singapura telah menurunkan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2024 Thailand kepada 2.4 peratus daripada 2.9 peratus disebabkan oleh aktiviti pembuatan yang kurang memberangsangkan
Unjuran KDNK Malaysia dijangka berkembang pada 2024
Kenanga Investment Bank Bhd mengekalkan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia akan berkembang pada 4.5 hingga 5.0 peratus pada 2024, berbanding 3.7 peratus tahun lalu, berikutan prestasi pembuatan yang lebih baik pada April.
Indeks kebebasan media: Saya terima laporan RSF dengan hati terbuka - Fahmi
Kedudukan Malaysia menurun 34 anak tangga dengan mencatat 52.07 mata berbanding tahun sebelumnya iaitu 62.83 mata.
Extra Joss umum tajaan rasmi Liga M, hangatkan kegilaan bola sepak tempatan
Minuman tenaga terkemuka Exra Joss mengumumkan tajaan rasminya bagi musim baharu Liga M melangkaui siaran dengan pengaktifan di lapangan stadium dan zon interaksi peminat interaktif bagi memastikan pengalaman jenama yang holistik.
JKDNKA rampas RM789.99 juta barang kawalan, kontraban, haiwan
Sebanyak 4,356 tangkapan dibuat dengan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM789.99 juta.
Kerajaan teliti keperluan senaraikan telur import sebagai barangan kawalan
Kerajaan sedang meneliti keperluan menyenaraikan telur yang diimport sebagai barangan terkawal, antara lain bagi memastikan harganya kekal mampu milik.
Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi beri kesan positif - Mustapa
Penubuhan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi dilihat memberi kesan positif terutamanya membabitkan penurunan harga barangan kawalan di pasaran.
KPDNHEP Kelantan rekod 502 kes dengan nilai kompaun RM266,600 sepanjang 2020
Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Kelantan Azanizam Affendi Juri berkata nilai kompaun meningkat sehingga tiga kali ganda berbanding tahun lepas iaitu RM86,850 melibatkan 521 kes.
Polis Marin tumpas 22 kes penyeludupan semasa PKP, PKPB
Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga Pengkalan Kubor ASP Mohd Rudzuan Ahmad berkata kesemua kes melibatkan barangan kawalan dan terlarang seperti ketum.
KPDNHEP umum pertambahan 19 barangan kawalan
Pertambahan barangan-barangan tersebut adalah atas permintaan pengguna.
Lelaki Thailand didenda RM20,000 miliki minyak masak bersubsidi
Mahkamah juga menetapkan hukuman penjara 12 bulan sekiranya tertuduh gagal membayar denda itu dan kenderaannya dilucut hak.
Operasi Subsidi: Barangan kawalan disita
Pelbagai barangan kawalan termasuk lima kenderaan bernilai RM70,000 disita dalam 'Operasi Subsidi'.