awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
SHMMP: KPDN Pulau Pinang tempatkan 137 pegawai penguat kuasa, 60 pegawai pemantau
Tiga empangan di Pulau Pinang catat kapasiti lebih 90 peratus menjelang musim kering
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operasi tangkap anjing liar: Warga emas didakwa halang tugas penjawat awam

Bernama
Bernama
31/03/2023
08:12 MYT
Operasi tangkap anjing liar: Warga emas didakwa halang tugas penjawat awam
Patrick Khoo Kian Wui, 69, didakwa dengan sengaja menghalang anggota MBPJ daripada menjalankan tugas-tugasnya di sebuah rumah di Taman Kanagapuram di sini, pada 9 malam, 22 Mac lepas. - Gambar/ Bernama
PETALING JAYA: Seorang lelaki warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menghalang penjawat awam dalam operasi penangkapan anjing liar oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) minggu lepas.
Patrick Khoo Kian Wui, 69, yang bekerja sendiri didakwa dengan sengaja menghalang anggota MBPJ Azizul Azzim Norehan daripada menjalankan tugas-tugasnya di sebuah rumah di Taman Kanagapuram di sini, pada 9 malam, 22 Mac lepas.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Farhanah Fuad menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin, namun peguam Rajsurian Pillai yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya hanya tinggal kira-kira empat kilometer (km) dari kompleks mahkamah selain telah hadir secara sukarela di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya sepanjang siasatan dijalankan.
Majistret Shahril Anuar Ahmad Mustapa membenarkan Khoo diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 16 Jun ini untuk sebutan semula kes.
Jumaat lalu, media melaporkan pihak polis menjalankan siasatan terhadap sebuah rakaman kamera litar tertutup yang tular memaparkan insiden pergelutan antara anggota MBPJ dengan seorang lelaki semasa operasi menangkap anjing liar.
Lelaki itu dikatakan cuba melindungi kumpulan anjing liar dengan memasukkan haiwan itu ke dalam premisnya, menyebabkan pasukan penangkap anjing cuba menghalang tindakannya sebelum berlaku pergelutan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#operasi anjing liar
#MBPJ
#warga emas didakwa
#kes mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan