awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki didakwa kejar gadis dengan pisau
Cubaan larikan diri selepas kemalangan gagal, polis tahan lelaki positif dadah
Kerajaan perhebat usaha pastikan internet lebih selamat bermula tahun ini - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operasi tangkap gajah di Kampung Som esok - Perhilitan Pahang

Bernama
Bernama
01/11/2024
13:00 MYT
Operasi tangkap gajah di Kampung Som esok - Perhilitan Pahang
Rozidan berkata ia berikutan haiwan liar itu dilaporkan telah memusnahkan tanaman selain dibimbangi mengancam keselamatan penduduk kampung berkenaan. - Gambar hiasan/Bernama
KUANTAN: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang akan melaksanakan operasi menangkap gajah di Kampung Som, Jerantut esok.
Pengarah Perhilitan negeri Rozidan Md Yasin berkata ia berikutan haiwan liar itu dilaporkan telah memusnahkan tanaman selain dibimbangi mengancam keselamatan penduduk kampung berkenaan.
"Kawalan telah dilakukan Perhilitan Jerantut dan kita juga akan gerakkan operasi tangkapan esok," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Semalam media melaporkan kira-kira 400 penduduk Kampung Som berada dalam kebimbangan apabila dua gajah dewasa dilihat merosakkan kebun di kawasan itu beberapa hari lepas.
Penduduk mendakwa haiwan berkenaan sering muncul lewat tengah malam dengan memakan tanaman terutamanya pokok pisang selain berharap gajah-gajah itu ditangkap dan dipindahkan ke tempat lain bagi menjamin keselamatan mereka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perhilitan
#pokok pisang
#gajah
#keselamatan penduduk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan