awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
Pengarah drama Manjalara, Haris Kadir meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operator kilang didakwa memandu di bawah pengaruh alkohol hingga sebabkan kematian

Bernama
Bernama
20/06/2024
08:00 MYT
Operator kilang didakwa memandu di bawah pengaruh alkohol hingga sebabkan kematian
L. Satish Kumar didakwa memandu MPV dengan kandungan alkohol dalam badannya sebanyak 173 miligram dalam 100 mililiter darah dan menyebabkan kematian penunggang motosikal. - Foto Bernama
JOHOR BAHRU: Seorang operator kilang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kematian seorang lelaki pada Ahad lepas.
L. Satish Kumar, 25, didakwa memandu MPV Mitsubishi Xpander dengan kandungan alkohol dalam badannya sebanyak 173 miligram dalam 100 mililiter darah dan menyebabkan kematian penunggang motosikal Mohamad Hafizul Hafizzudin, 17.
Kejadian didakwa berlaku di Kilometer 41 Jalan Johor Bahru-Gelang Patah-Pendas, di sini pada kira-kira 12.15 tengah malam, 16 Jun lepas.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 44(1)(b) ?kta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara tidak lebih 15 tahun dan denda maksimum RM100,000 dan hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu hingga tempoh 10 tahun, jika sabit kesalahan.
Majistret A. Shaarmini membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin serta perlu melapor diri di Balai Polis Kangkar Pulai, Iskandar Puteri sebulan sekali dan lesen memandunya digantung hingga kes selesai.
Mahkamah menetapkan 23 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Polis Diraja Malaysia Inspektor S. Vikineswary, manakala peguam R. Sangaran mewakili tertuduh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#operator kilang
#memandu di bawah pengaruh alkohol
#Satish Kumar
#sebabkan kematian
#Iskandar Puteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan