NATIONAL
Operator kilang didakwa tumbuk dada, pukul bapa mentua hingga maut
V Karthiy dihadapkan di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan menumbuk dan memukul bapa mentuanya sehingga maut, akhir bulan lepas. - Foto Bernama
SEREMBAN: Seorang operator kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menumbuk dan memukul bapa mentuanya sehingga maut, akhir bulan lepas.
Ringkasan AI
- Seorang operator kilang, V Karthiy, didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan menumbuk dan memukul bapa mentuanya sehingga menyebabkan kematian.
- Kes ini didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun, serta minimum 12 sebatan jika sabit kesalahan.
- Tiada pengakuan direkodkan kerana kes berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi, dengan sebutan semula dijadualkan pada 18 Jun untuk penyerahan laporan perubatan dan kimia.
V Karthiy, 32, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Tiada rekod pengakuan daripada lelaki terbabit kerana kes berkenaan di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Karthiy didakwa menumbuk dada P Sasi Kumar, 52, secara bertubi-tubi dan memukul sehingga menyebabkan kematian mangsa pada 2.30 petang, 27 April di Taman Rahang, di sini.
Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan maksimum 40 tahun dan minimum 12 sebatan, jika sabit kesalahan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nik Nur' Aqilah Syarfa Nik Zaidi manakala peguam AR Thamayanthy mewakili lekaki itu.
Hakim Hazeelia Muhammad kemudiannya menetapkan sebutan semula kes pada 18 Jun depan untuk serahan laporan perubatan dan laporan kimia.
-- BERNAMA