awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu FAM: Penyokong diharap tidak luntur semangat - Mohammed Taufiq
Ketua PBB beri amaran peningkatan ketegangan di wilayah Tigray, Ethiopia
Tiga lagi mayat ditemukan dalam operasi SAR MV Trisha Kerstin 3 yang karam di Filipina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operator kilang ditahan hina Agong

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
22/06/2020
01:30 MYT
Operator kilang ditahan hina Agong
Suspek tampil ke Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulim malam tadi dan penahanan dilakukan selepas itu. - Foto PDRM
Seorang operator kilang ditahan kerana mengeluarkan perkataan jelek terhadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di laman Facebook.
Menurut Ketua Polis Daerah Kulim, DSP Azhar Hashim, lelaki berusia 24 tahun itu ditahan malam tadi sewaktu dia tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim untuk memberi keterangan.
Terdahulu, suspek memuat naik status berkenaan menerusi akaun Facebook yang menggunakan nama Mohd Syamir Sam.
Suspek kemudiannya diminta hadir ke Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulim dan penahanan dilakukan selepas itu, kata Azhar.
Ketika ditahan, polis turut merampas sebuah telefon bimbit jenis Oppo R9s dan sekeping kad SIM.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan kerana kecenderungan menghasut dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
Topic Berkaitan
#Azhar Hashim
#hina Agong
#kenyataan jelek
#Kulim
#operator kilang
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan