MALAYSIA

Operator kilang rugi lebih RM70,000 diperdaya 'parcel scam'

Bernama 23/11/2025 | 04:15 MYT
Wanita berusia 59 tahun itu terperdaya dengan tawaran hadiah wang US$195,000 menerusi Facebook. - Gambar hiasan
TANGKAK: Seorang operator kilang kerugian RM72,175 selepas terperdaya dengan sindiket penipuan kiriman bungkusan tidak wujud.


Ringkasan AI
  • Operator kilang mengalami kerugian RM72,175 akibat penipuan kiriman bungkusan tidak wujud.
  • Wanita berusia 59 tahun terperdaya dengan tawaran hadiah wang US$195,000 menerusi Facebook.
  • Mangsa melakukan 12 transaksi pembayaran ke akaun bank sejumlah RM72,175 sebelum sedar ditipu dan membuat laporan polis.


Ketua Polis Daerah Tangkak Supt Roslan Mohd Talib berkata wanita berusia 59 tahun itu mula terperdaya selepas ditawarkan bungkusan hadiah kononnya mengandungi wang US$195,000 daripada seorang individu yang dikenalinya menerusi Facebook.

"Mangsa yang berminat dengan tawaran itu kemudiannya melakukan 12 transaksi pembayaran ke satu akaun bank berjumlah RM72,175 menggunakan wang simpanannya pada Jumaat dan semalam.

"Bagaimanapun, mangsa menyedari telah ditipu apabila merujuk hal berkenaan kepada keluarganya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata wanita itu membuat laporan polis semalam dan kes sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA
#kes penipuan online #rakyat Malaysia #parcel scam #lubuk scam