GADGETS
OPPO lancar siri OPPO Reno14 dengan fotografi AI Flash dan reka bentuk Iridescent Mermaid
OPPO Reno14 5G boleh didapati dalam warna Opal Blue dan OPPO Reno14 Pro 5G dalam Opal White. -Foto OPPO Malaysia
KUALA LUMPUR: OPPO Malaysia melancarkan siri OPPO Reno14 5G, telefon kecerdasan buatan (AI) terbaharu dengan penampilan model Reno14 Pro 5G, Reno14 5G, dan Reno14 F 5G.
Ringkasan AI
Menurut Pengurus Pemasaran OPPO, Jonathan Lim, siri baharu ini menggabungkan teknologi fotografi AI flash dengan reka bentuk dan warna Iridescent Mermaid.
“Ia mempunyai reka bentuk duyung yang cantik, dan siri ini memiliki banyak variasi warna yang sepadan dengan semua suasana dan pakaian pengguna.
“Telefon in mempunyai fotografi AI, jadi fungsi flash ini walaupun pada waktu malam dan dalam festival muzik, anda akan dapat gambar terbaik dengan telefon ini,” katanya di Festival Muzik OPPO X Warner Music Malaysia Out of Office di Heritage Valley, di sini, pada Selasa.
Kedua-dua model OPPO Reno14 Pro 5G dan OPPO Reno14 5G dilengkapi sistem triple-flash, kamera utama dan kamera ultra-lebar menggunakan unit dwi-flash bagi pencahayaan jarak dekat yang baik.
Selain itu, ciri live photo dipertingkatkan kepada AILive photo 2.0 dengan penyelesaian dual exposure fusion menjadikan OPPO Reno14 5G dan OPPO Reno14 Pro 5G berupaya merakam dua momen serentak.
“Ciri Ultra Wide 0.6 ni membolehkan pengguna ambil gambar secara berkumpulan dan kamera Ultra Wide 0.6 ni sangatlah berguna kerana kita tidak perlu risau gambar tetap on point,” jelas penulis kandungan teknologi, Amy Maizura Januri.
OPPO Reno14 Pro 5G menampilkan paparan 6.83 inci dengan resolusi 1.5K, kadar segar semula sehingga 120Hz, kedalaman warna 10-bit, dan pensijilan HDR10+ untuk kejelasan visual yang baik manakala, OPPO Reno14 5G dan OPPO Reno14 F 5G masing-masing menawarkan paparan lebih padat bersaiz 6.59 inci dan 6.57 inci.
Siri OPPO Reno14 juga menawarkan pelbagai pilihan warna menawan di mana OPPO Reno14 Pro 5G boleh didapati dalam warna Opal White dan Titanium Grey, manakala OPPO Reno14 5G hadir dalam Opal White dan Luminous Green manakala, OPPO Reno14 F 5G pula boleh didapati dengan warna Opal Blue, Glossy Pink, dan Luminous Green.
“OPPO Reno14 Pro 5G juga dilengkapi dengan bateri besar 6200mAh dan menyokong pengecasan berwayar 80W SUPERVOOC serta pengecasan nirwayar 50W AIRVOOC, mengawal tahap bateri walaupun dengan penggunaan intensif.
“Dengan hanya pengecasan selama 10 minit, OPPO Reno14 Pro 5G mampu bertahan lebih kurang 13.2 jam panggilan telefon, 14 jam penstriman muzik, atau 7 jam tontonan video,” tambahnya.
Sementara itu, artis Malaysia Iman Troye turut berkongsi berkenaan ciri menarik siri OPPO Reno14 5G.
“Iman rasa bila Iman pakai OPPO Reno14 Iman tak perlu pakai casing sebab memang nampak features dia memang sangat sangat cantik, kita boleh nampak inspired by Mermaid and also ombak so memang cantik sangat-sangat," ujarnya.
Sempena pelancaran rasmi, pelanggan boleh membuat pratempahan hingga 12 Julai depan dengan rebat menarik sebanyak RM200.00 bagi OPPO Reno14 Pro manakala, OPPO Reno14 dan OPPO Reno14 F sebanyak RM150.00 termasuk harga telefon bernilai sehingga RM2,396.00.
Bagi tempahan pada 13 Julai hingga 11 Ogos, pengguna dapat menikmati hadiah percuma serta potongan sebanyak RM100 bagi 12 + 256 slash.
Layari laman web atau Facebook rasmi OPPO Malaysia untuk maklumat lanjut.
Ringkasan AI
- OPPO Malaysia melancarkan siri OPPO Reno14 5G dengan tiga model baharu yang menampilkan teknologi fotografi AI flash dan reka bentuk Iridescent Mermaid.
- Model Reno14 Pro 5G dilengkapi paparan 6.83 inci, bateri 6200mAh, pengecasan SUPERVOOC 80W dan AIRVOOC 50W, serta ciri kamera canggih seperti AILive photo 2.0 dan Ultra Wide 0.6.
- Pratempahan dibuka hingga 12 Julai dengan rebat sehingga RM200, dan tawaran tambahan tersedia dari 13 Julai hingga 11 Ogos termasuk hadiah percuma dan potongan harga.