GADGETS
OPPO Reno15 Series 5G tampil gaya hidup trendy Gen Z
OPPO Reno15 Series 5G ditawarkan pada harga bermula RM1,499, menampilkan teknologi kamera berasaskan AI serta rekaan Dancing Aurora Design yang menyasarkan pengguna muda dan pencipta kandungan digital. - Gambar OPPO
KUALA LUMPUR: OPPO Malaysia memperkenalkan OPPO Reno15 Series 5G sebagai peranti pintar terbaharu yang menggabungkan teknologi kamera canggih, ciri kreatif berasaskan kecerdasan buatan (AI) serta rekaan bergaya, khusus menyasarkan pengguna muda dan pencipta kandungan digital.
Pelancaran siri ini mengetengahkan tema Vibe This Moment, yang menekankan gaya hidup menikmati setiap detik dengan kekal berhubung, sentiasa trendy dan bebas mengekspresikan diri melalui foto, video serta fesyen digital.
Bagi varian tertinggi, OPPO Reno15 Pro 5G dilengkapi kamera utama ultra jelas 200 megapiksel, kamera potret telefoto 3.5x serta sokongan rakaman 4K HDR Ultra Stable bagi menghasilkan visual yang lebih terang, stabil dan berkualiti tinggi, sesuai untuk penghasilan kandungan media sosial dan vlogging.
Selain itu, OPPO Reno15 Series 5G turut menampilkan kamera swafoto ultra lebar 50 megapiksel dengan sudut pandangan 0.6, memudahkan pengambilan gambar berkumpulan serta rakaman kandungan harian dalam satu bingkai.
Menurut Pengurus Latihan Runcit APAC OPPO, Viola Yap, siri ini menawarkan pelbagai ciri AI kreatif yang boleh digunakan terus dalam peranti tanpa memerlukan aplikasi tambahan.
“Kita pun ada Popout Foto AI, anda tak perlu muat turun aplikasi lain. Sekarang anda boleh buat effect popout terus dalam telefon ini, gabungkan dua hingga sembilan motion photos menggunakan pelbagai template yang tersedia,” katanya.
OPPO Reno15 Series 5G juga menyokong fungsi AI Motion Photo dan AI Slow Motion yang membolehkan pengguna memilih bingkai tertentu dalam rakaman gerakan untuk menghasilkan kandungan visual yang lebih kreatif dan dinamik.
Dari segi rekaan, OPPO Reno15 Series 5G tampil dengan Dancing Aurora Design yang menghasilkan kesan berkilau mengikut pantulan cahaya, sekali gus menjadikan peranti ini bukan sekadar telefon pintar, malah aksesori fesyen digital.
OPPO Reno Girl, Iman Troye, berkata rekaan tersebut menyerlahkan identiti peranti itu sebagai telefon pintar yang sesuai dengan gaya hidup dan penampilan pengguna muda.
“Kita juga ada dancing Aurora design, jadi kalau korang tengok dekat-dekat memang sangat-sangat cantik, dia boleh nampak aurora dan nampak sangat trendy. Jadi bila keluar, telefon ini sendiri dah macam aksesori,” katanya
.
Sebagai nilai tambah kepada pembeli, OPPO turut memperkenalkan Superstar Ollie, figura edisi terhad yang direka khas untuk pembeli OPPO Reno15 Series 5G, dengan stok yang sangat terhad.
Seorang lagi OPPO Reno Girl, Elyn Leong, berkata figura tersebut menjadi tarikan eksklusif kepada peminat dan koleksi edisi khas.
“Semua orang tahu saya sukakan arnab dan OPPO tampil dengan patung yang sangat comel dikenali sebagai Superstar Ollie untuk pembeli OPPO Reno15 Series 5G. Ia kelihatan sangat menarik dan stoknya terhad, jadi cepat dapatkan,” katanya.
Beliau turut berkongsi kelebihan kamera swafoto ultra lebar 50 megapiksel, yang memudahkan pengambilan gambar berkumpulan bersama rakan atau keluarga kerana semua dapat dimuatkan dengan sempurna dalam satu bingkai.
Dari segi penawaran pasaran, Pengurus Pemasaran OPPO, Jonathan Lim, memaklumkan OPPO Reno15 Series 5G kini ditawarkan di Malaysia pada harga bermula RM1,499, selain promosi pembelian terhad.
“Sepanjang tempoh ini ada satu promosi yang sangat berbaloi iaitu jika tambah RM99, pembeli boleh mendapatkan OPPO Watch S, dengan stok yang terhad,” katanya.
Dalam pada itu, pelancaran OPPO Reno15 Series 5G turut diserikan dengan kolaborasi eksklusif bersama Iman Troye menerusi versi baharu lagu Bunga Kemboja, yang dijadikan runut bunyi rasmi kempen OPPO Reno15 Series 5G .
Sebagai pelengkap ekosistem, OPPO turut menawarkan OPPO Pad 5 dalam dua pilihan warna, Aurora Pink dan Starlight Black, dengan harga RM1,699 bagi versi Wi-Fi dan RM2,199 bagi versi 5G, manakala OPPO Watch S ditawarkan pada harga RM799 dan RM899 bergantung kepada pilihan warna.
Maklumat lanjut mengenai OPPO Reno15 Series 5G, promosi semasa, OPPO Pad 5 serta edisi terhad Superstar Ollie boleh didapati menerusi laman web dan platform media sosial rasmi OPPO Malaysia.