Seorang anggota tentera Malaysia disahkan terkorban dalam satu insiden pertempuran di Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu pagi ini.
Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dalam satu pesanan ringkas SMS kepada Astro Awani, mengesahkan kejadian tersebut.
Beliau berkata pasukan keselamatan telah diserang hendap oleh kumpulan pengganas itu pada 7.45 pagi dan selepas itu mereka melarikan diri sebelum dijejaki pasukan keselamatan dan berlaku pertempuran.
Beliau juga berkata dalam pertempuran itu tiga orang anggota pengganas turut terbunuh.
Menurut laporan Bernama, tentera itu dikenali sebagai prebet Ahmad Hurairah Ismail.
Sehingga kini sembilan anggota keselamatan terkorban dalam insiden pencerobohan itu manakala 57 penceroboh militan ditembak mati.
Zulkifeli turut berkata Kampung Tanduo kini telah bersih sepenuhnya daripada ancaman penceroboh militan dan operasi pasukan keselamatan kini diperluas ke Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu.
Sementara pada malamnya, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib menjelaskan bahawa jumlah sebenar pengganas Sulu yang terbunuh pada pertempuran pagi tadi ialah dua dan bukannya tiga seperti yang dilaporkan sebelum ini.
"Pada pertempuran itu, tiga pengganas berjaya ditembak pasukan keselamatan namun hanya dua mayat pengganas sahaja yang ditemui di tempat kejadian dan kita percaya seorang lagi pengganas mengalami kecderaan dan berjaya melarikan diri dari kawasan tersebut," kata Hamza.
Polis percaya kumpulan pengganas yang bertempur itu terdiri dari lima orang lelaki yang lengkap bersenjata api.
Anggota tentera yang meninggal dunia itu berumur 24 tahun setelah mengalami cedera parah di bahagian pipinya akibat ditembak oleh pihak pengganas.
Rakannya yang berumur 35 tahun pula cedera dan telah dikejarkan ke Hospital Lahad Datu.
Serentak dengan pertempuran itu juga, usaha pasukan keselamatan untuk membawa keluar mayat-mayat pengganas yang masih berada dalam kawasan Tanjung Batu telah tergendala.
Sehingga kini, jumlah pengganas yang ditembak mati adalah sebanyak 56 orang dan dari jumlah itu hanya 24 mayat musuh termasuk seorang yang berpangkat Jeneral yang dikenali sebagai Komander Haji Musa berjaya dibawa keluar dari kawasan operasi.
Selain itu, 97 individu yang mempunyai kaitan dengan pengganas masih ditahan untuk siasatan dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) dan 156 lagi ditahan dibawah Akta Imigresen dan beberapa kesalahan yang lain.
Astro Awani
Tue Mar 12 2013
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Bunuh pelajar kolej vokasional: Kesan darah ditemukan di lokasi kejadian
Saksi pendakwaan kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu terdapat beberapa kesan darah ditemukan di tiga bilik asrama di kolej berkenaan.
Bunuh pelajar kolej vokasional: Mangsa mengaku curi wang - Saksi
Seorang pelajar memberitahu dia mendengar Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, mengaku kepada seorang tertuduh bahawa dia ada mencuri wang.
JHL tembak mati empat buaya di Lahad Datu
Jabatan Hidupan Liar (JHL) menembak mati empat buaya jantan setiap satu berukuran lebih 3 meter dalam operasi tiga hari di sekitar Ladang Felda Sahabat 46, Tungku bermula Isnin lepas.
Polis siasat laporan khianat libat 11 kereta di Lahad Datu
Kejadian itu tular di media sosial dan warganet mendakwa terdapat 20 kereta yang terlibat dalam kejadian berkenaan, namun siasatan polis mendapati hanya melibatkan 11 kenderaan.
Tiga maut, dua parah dalam nahas tiga kenderaan di Lahad Datu
Kejadian melibatkan pertembungan tiga kenderaan iaitu sebuah Nissan Frontier, Proton Iswara Aeroback dan sebuah motosikal.
Kes Lahad Datu: Keputusan mahkamah setimpal dengan sifat, kezaliman tertuduh - Azalina
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata ia juga satu keputusan yang positif kepada negara.
Ceroboh Lahad Datu: Hukuman mati terhadap tujuh warga Filipina kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman mati terhadap tujuh lelaki warga Filipina, termasuk anak saudara Jamalul Kiram.
Gajah Pygmy betina ditemukan mati di Lahad Datu
Seekor gajah Pygmy betina ditemukan mati di sebuah ladang sawit di Bagahak di Lahad Datu Isnin lepas.
Buaya baham pekerja ladang di Lahad Datu ditembak mati
Jabatan Hidupan Liar lepaskan lima das tembakan ke arah buaya itu bagi membolehkan mayat Rusdi Tambah diambil daripada mulutnya.
PM Anwar hadir majlis makan malam bersama kepimpinan kerajaan Sabah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis makan malam bersama barisan kepimpinan kerajaan Sabah di sebuah hotel di sini, malam ini.