MALAYSIA
Ops Gerak: JAS Pulau Pinang keluar 80 kompaun
Badlishah berkata JAS Pulau Pinang telah melaksanakan 53 operasi melibatkan pelepasan kenderaan berenjin diesel dan petrol, kawalan pelepasan bunyi bising dan pelepasan asap motosikal sepanjang tahun ini. - Gambar www.doe.gov.my
BATU KAWAN: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang mengeluarkan 80 kompaun kepada pemilik kenderaan kerana gagal mematuhi standard pelepasan bahan pencemar menerusi OPS Gerak yang dijalankan selama lima hari bermula 4 Dis.
Ringkasan AI
Pengarah JAS Pulau Pinang Badlishah Ahmad berkata daripada jumlah itu, 34 kompaun dikeluarkan kepada pemilik kenderaan enjin diesel manakala 46 lagi motosikal dengan keseluruhannya sebanyak 712 kenderaan diperiksa.
Beliau berkata operasi sempena Hari Ozon 2025 itu dijalankan di lima lokasi, iaitu Plaza Tol Sungai Dua (arah selatan), Plaza Tol Juru (arah utara), Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu (Jalan Batu Maung) dan Plaza Tol Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (Jambatan Kedua).
"Operasi ini menumpukan kenderaan perdagangan dan persendirian, selain pemeriksaan bunyi bising motosikal serta pelepasan gas motosikal," katanya pada sidang media selepas meninjau pelaksanaan OPS Gerak di Jambatan Kedua di sini hari ini.
Badlishah berkata sebanyak 38 Notis Arahan Seksyen 48A atau ujian semula dikeluarkan kepada kenderaan enjin diesel, tiga enjin petrol dan 53 motosikal manakala 40 kenderaan diberikan notis kompaun dan 32 lagi perintah larangan.
Beliau berkata operasi bersepadu itu turut melibatkan polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) serta dibantu PLUS Malaysia Berhad dan Jambatan Kedua Sendirian Berhad (JKSB).
Sementara itu, Badlishah berkata JAS Pulau Pinang telah melaksanakan 53 operasi melibatkan pelepasan kenderaan berenjin diesel dan petrol, kawalan pelepasan bunyi bising dan pelepasan asap motosikal sepanjang tahun ini.
"Sebanyak 116 tawaran kompaun bernilai RM232,000 dikeluarkan kepada pemilik kenderaan enjin diesel, manakala 101 kompaun bernilai RM30,300 dikeluarkan kepada penunggang motosikal yang gagal mematuhi had pelepasan ditetapkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974," katanya.
Beliau berkata lima kes dikenakan tindakan mahkamah, 69 diberikan Notis Arahan Seksyen 31, 332 Notis Arahan Seksyen 48A dan 49 kenderaan dikenakan perintah larangan.
Badlishah berkata selain tindakan JAS, sebanyak 177 kesalahan trafik turut dikesan manakala AADK membuat tiga tangkapan daripada 18 saringan yang dijalankan dan JPJ pula mengeluarkan 222 notis saman.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang mengeluarkan 80 kompaun kepada pemilik kenderaan kerana gagal mematuhi standard pelepasan bahan pencemar semasa OPS Gerak selama lima hari.
- Operasi di lima lokasi termasuk Plaza Tol Sungai Dua dan Jambatan Pulau Pinang, menjalankan pemeriksaan terhadap 712 kenderaan serta menyedari pemeriksaan bunyi bising motosikal dan pelepasan gas motosikal.
- JAS Pulau Pinang telah melaksanakan 53 operasi sepanjang tahun ini, mengeluarkan kompaun bernilai RM232,000 kepada pemilik kenderaan enjin diesel dan RM30,300 kepada penunggang motosikal yang melanggar standard pelepasan bahan pencemar.