awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemotong rumput rogol adik ipar kekal dipenjara 28 tahun, 24 sebatan
Indonesia rancang bangun jana kuasa nuklear secara berperingkat
PNB nilai tawaran am sukarela Sunway ke atas IJM berdasarkan pertimbangan komersial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ops Hari Raya Aidilfitri: 245 aduan direkod melalui aplikasi e-Aduan@JPJ

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
08/05/2022
22:20 MYT
Ops Hari Raya Aidilfitri: 245 aduan direkod melalui aplikasi e-Aduan@JPJ
Menurut Aedy Fadly, antara aduan tertinggi yang diterima melalui aplikasi itu melibatkan kesalahan memotong barisan dan menggunakan laluan kecemasan. -Astro AWANI
KUALA TERENGGANU: Sebanyak 245 aduan direkodkan melalui aplikasi e-Aduan@JPJ pada Ops Hari Raya Aidilfitri dalam tempoh seminggu.
Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Aedy Fadly Ramli berkata sebahagiannya telah diambil tindakan dan dikeluarkan notis dalam tempoh 48 hingga 72 jam selepas aduan dibuat atas pelbagai kesalahan.
Menurut Aedy Fadly, antara aduan tertinggi yang diterima melalui aplikasi itu melibatkan kesalahan memotong barisan dan menggunakan laluan kecemasan.
"Saya bagi pihak JPJ Malaysia mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang sudi membantu kami menguatkuasakan undang-undang jalan raya; membantu kami membuat aduan yang sah dan sahih melalui gambar dan video yang dikongsi melalui sistem e-aduan JPJ," kata Aedy Fadly.
Sementara itu, beliau berkata dalam operasi yang sama sebanyak 89,490 kenderaan telah diperiksa di seluruh negara.
Daripada jumlah itu sebanyak 18,690 notis telah dikeluarkan kepada pengguna jalan raya.
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#Aedy Fadly Ramli
#JPJ
#e-aduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan