PETALING JAYA: Kira-kira 145 kediaman termasuk unit kosong di projek perumahan rakyat (PPR) Blok D Lembah Subang di sini disyaki menjadi sarang penagihan 'mat gian'.
Khuatir dengan keselamatan keluarga, penduduk di situ memberikan kerjasama dengan pihak berkuasa bagi membanteras kegiatan itu daripada terus menular.
Seramai 158 penagih tegar ditangkap dalam Ops Jihad yang dilancarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) pada 5 hingga 18 November lepas.
Pegawai Daerah Petaling Datuk Johary Anuar berkata, kawasan berkenaan dikenal pasti menjadi salah satu kawasan panas penagih dadah.
Operasi yang merupakan itu antara usaha di bawah program Selangor Mengawal Ancaman Realiti Dadah (SMARD) telah mengenal pasti sekitar 30 orang yang disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
Berdasarkan risikan awal, kebanyakan unit kosong itu telah diceroboh 'mat gian' sama ada yang tinggal di kawasan itu atau sebaliknya.
"Kita dapati memang di blok ini tadi, di blok D tadi daripada tiga tingkat teratas itu, kita dapati blok yang kosong yang tidak dihuni oleh penghuni di situ.
"Kita dapati blok kosong ini memang menunjukkan ada digunakan sebagai tempat sarang penagihan dadah.
"Kita telah berbincang dengan Jabatan Perumahan Negara di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) supaya pihak Jabatan Perumahan Negara mengambil kira isu rumah kosong ini supaya dapat diperbaik dan tempat tinggal di sini dapat dibaiki supaya lebih kondusif.
"Ia supaya dapat mengelakkan rumah-rumah kosong ini tadi menjadi tempat penyalahgunaan dadah," kata Johary.
Beliau ditemui ketika sama sama menyertai operasi cegah jenayah yang dilakukan bermula jam 8 malam tadi di kawasan Blok D Lembah Subang yang disertai rondaan bersepadu bersama Pejabat Daerah Petaling, PDRM, Rela, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT).
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata hasil operasi itu pihak berwajib melantik ahli jawatankuasa jihad dadah daripada kalangan penduduk yang berperanan sebagai mata dan telinga dalam menyalurkan maklumat berhubung dengan kegiatan penagihan dadah di blok kediaman mereka.
"Hari pertama itu kita buat pada malam, berterusan dari 5 hingga 18 hari bulan.
"Pada masa itu kita dapat (tangkap) 158 orang dan mereka ini adalah pengedar memiliki dan juga penagih dadah, lelaki dan perempuan, majoriti adalah lelaki," kata Mohamad Fakhrudin.
Operasi berkenaan akan dijalankan secara berterusan termasuk membuat kempen kesedaran kepada penduduk dan pelajar sekolah berdekatan berhubung jenayah itu.
Astro Awani
Thu Nov 25 2021
Seramai 158 penagih tegar ditangkap dalam Ops Jihad yang dilancarkan PDRM dan AADK pada 5 hingga 18 November lepas. -Gambar hiasan
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Op Tapis: 22 sarang 'mat gian' diserbu, 537 individu diserkup
Sejumlah dadah pelbagai jenis yang keseluruhannya bernilai lebih RM50,000 termasuk daun dan cecair ketum turut dirampas dalam operasi.
Ops Jihad Dadah PJ berjaya berkas 158 'mat gian'
Berdasarkan risikan awal, kebanyakan unit kosong itu telah diceroboh 'mat gian' sama ada yang tinggal di kawasan itu atau sebaliknya.
Polis tahan 21 individu terlibat dadah
Polis menggempur tiga lokasi yang dipercayai menjadi tumpuan 'mat gian' di sekitar daerah Kubang Pasu.
Mat Gian 'tertelan' gigi palsu ketika cuba larikan diri daripada polis
Nak selamatkan diri daripada dicekup polis, seorang mat gian veteran berusia 62 tahun tak sengaja tertelan gigi.