MALAYSIA
Ops Kesan 4.0 : KPDN tegas pantau peniaga tangani kenaikan harga tidak munasabah susulan SST

Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata, penguatkuasaan dan pemeriksaan harga akan terus dipergiatkan di lokasi-lokasi tumpuan. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menegaskan bahawa pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana peniaga yang mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barang dan perkhidmatan secara tidak munasabah susulan pelaksanaan semakan kadar Cukai Jualan dan peluasan skop Cukai Perkhidmatan (SST) yang berkuat kuasa pada 1 Julai lalu.
Ringkasan AI
- Tindakan Tegas Terhadap Peniaga Tidak Beretika: KPDN akan mengambil tindakan undang-undang terhadap peniaga yang menaikkan harga barang dan perkhidmatan secara tidak munasabah selepas semakan kadar SST, termasuk kes pencatutan di bawah Akta 723.
- Pelaksanaan Ops Kesan 4.0: Bermula 1 Julai Ops Kesan 4.0 dilancarkan untuk memantau pergerakan harga dan memastikan tiada manipulasi harga oleh peniaga, termasuk barangan yang tidak terlibat secara langsung dengan SST.
- Fokus Penguatkuasaan dan Pemeriksaan Harga: Pemeriksaan akan dipergiat di lokasi tumpuan seperti pasar awam dan premis komersial, dengan penilaian berdasarkan empat elemen: senarai barang, perniagaan berdaftar, tempoh pergerakan harga, dan margin pencatutan.
“Kami juga akan menyiasat kes di mana harga dinaikkan atas alasan kononnya disebabkan SST walaupun barangan tersebut tidak termasuk dalam senarai cukai. Ini juga akan menjadi sebahagian daripada skop penguatkuasaan Ops Kesan 4.0,” tegasnya.
Beliau menjelaskan, pelaksanaan Ops Kesan 4.0 memberi fokus khusus terhadap pemantauan dan penguatkuasaan agar peniaga mematuhi undang-undang dan tidak memanipulasi harga sesuka hati.
Katanya lagi, peluasan SST kali ini melibatkan dua perkara utama iaitu semakan kadar cukai jualan serta penambahan kategori cukai perkhidmatan dan pihaknya turut memberi perhatian kepada barangan dan perkhidmatan yang tidak terlibat secara langsung tetapi turut menunjukkan peningkatan harga yang mencurigakan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami