SHAH ALAM: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor mengeluarkan sebanyak 51 kompaun kepada peniaga dalam Ops Pantau di sekitar negeri ini sejak 3 April lepas.
Pengarahnya Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata daripada jumlah tersebut 29 adalah bagi kesalahan berkaitan harga, timbang sukat (14), bekalan (tujuh) dan halal (satu).
"Kes yang dihasilkan itu melibatkan rampasan bernilai RM811,717.70 dengan kompauan dikeluarkan berjumlah RM18,100.
"Sepanjang pelaksanaan ops tersebut, pihak kami telah memeriksa sebanyak 5,705 premis perniagaan dan tujuh premis telah diberikan amaran supaya mematuhi keperluan ditetapkan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Muhamad Zikril Azan berkata lokasi tumpuan di bawah Ops Pantau kali ini meliputi Bazar Ramadan, pasar awam, pasar basah, pasar pagi, pasar raya terpilih, kedai runcit dan penjualan secara dalam talian.
"Selain itu, fokus pemantauan di bawah ops tersebut melibatkan aspek harga, bekalan, aktiviti jualan murah, alat penimbang, barangan tiruan atau cetak rompak dan penggunaan perbahasaan halal," katanya.
Katanya, hasil pemantauan yang dijalankan pihaknya di Bazar Ramadan Stadium Shah Alam baru-baru ini menunjukkan tahap pematuhan peniaga bazar adalah memuaskan dan dalam kategori pemerhatian yang rapi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 18 2022
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor mengeluarkan sebanyak 51 kompaun kepada peniaga dalam Ops Pantau di sekitar negeri ini sejak 3 April lepas. - Foto Sinar Harian
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 19 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lapan aksi pramusim digunakan untuk uji sistem VAR - Stuart
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) akan menggunakan lapan aksi pramusim bermula Isnin depan hingga 4 Mei ini untuk menguji sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
Tumpuan Sabtu - 20 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Empat wakil negara mara ke separuh akhir kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia
Empat wakil negara berjaya melangkah ke separuh akhir Kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia Zon Asia yang berlangsung di Pusat Skuasy Jalan Duta hari ini.
Malaysia pantau situasi terkini di Asia Barat, minta semua pihak terlibat supaya bertenang
Malaysia memantau dengan rapi perkembangan terkini di Asia Barat dan menyeru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan terus berusaha mencari jalan penyelesaian diplomatik.
3,850 ibu bekerja di selangor terima insentif MamaKerja RM1,000
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata ibu pekerja tersebut merupakan sebahagian daripada keseluruhan 5,595 permohonan yang diterima kerajaan negeri setakat Mac lalu.
Pemandu bas rempuh 11 kenderaan direman empat hari
Perintah reman terhadap lelaki berusia 51 itu dibenarkan Majistret Suhaila Shafi'uddin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mahkamah Persekutuan tetap 3 Mei putuskan rayuan berkaitan status agama Islam wanita
Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 3 Mei depan untuk memutuskan rayuan seorang wanita berusia 37 tahun bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
Jangan abai peruntukan untuk pembangunan sukan - Hannah
Kerajaan negeri dinasihatkan untuk tidak 'menganaktirikan' atau menganggap agihan peruntukan bagi tujuan pembangunan sukan tidak penting dalam belanjawan negeri.
KPDNHEP Selangor tumpas aktiviti penyelewengan 55,200 liter diesel bersubsidi
KPDNHEP Selangor menumpaskan aktiviti penyelewengan diesel bersubsidi sebanyak 55,200 liter di sebuah stor di Jalan Johan Setia, hari ini.
Ops Pantau: KPDNHEP Selangor keluarkan 51 kompaun
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor mengeluarkan sebanyak 51 kompaun kepada peniaga dalam Ops Pantau di sekitar negeri ini sejak 3 April lepas.
Harga purata ayam dijual antara RM8.50 ke RM9.50 sekilogram di Selangor
Harga purata itu adalah hasil daripada semakan semula dan perubahan harga yang dibuat peniaga semasa pemeriksaan penguatkuasaan.
KPDNHEP Selangor sita barang tiruan jenama mewah bernilai RM10 ribu
Hasil serbuan mendapati terdapat penjualan pelbagai jenis pakaian dan beg berjenama Puma, Burberry, Michael Kors dan Tommy Hilfiger.