MALAYSIA
Ops Perang Lebih Muatan: JPJ KL keluarkan 2,398 saman
Operasi hingga 31 Dis 2025 itu bertujuan memastikan keselamatan jalan raya sentiasa terpelihara serta memupuk pematuhan undang-undang. - Foto JPJ Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur mengeluarkan 2,398 notis saman terhadap 939 kenderaan dalam Ops Perang Lebih Muatan yang dijalankan di sekitar ibu negara sejak 14 Okt lepas.
Ringkasan AI
JPJ Kuala Lumpur dalam kenyataan memaklumkan 14 kenderaan turut disita atas pelbagai kesalahan termasuk membawa muatan berlebihan, melanggar syarat Keperluan Tahap Perkhidmatan, Lesen Kenderaan Motor tamat tempoh, tiada perlindungan insurans, tiada Lesen Memandu CDL dan Vokasional, serta kesalahan teknikal.
"Daripada kenderaan yang disita itu, enam pemandu merupakan warga asing dari Indonesia dan India, manakala lapan pemandu ialah warga tempatan.
"Tindakan penguatkuasaan telah diambil dengan saman dikeluarkan kepada pemandu dan pemilik kenderaan mengikut peruntukan Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD 2010) dan Akta Pengangkutan Jalan 1987," menurut kenyataan berkenaan.
Kenyataan itu juga memaklumkan operasi hingga 31 Dis 2025 itu bertujuan memastikan keselamatan jalan raya sentiasa terpelihara serta memupuk pematuhan undang-undang dalam kalangan pengendali kenderaan barangan.
"Fokus utama diberikan kepada kawasan yang dikenal pasti sering melibatkan aktiviti kenderaan perdagangan membawa muatan berlebihan.
"Antara jenis muatan berisiko tinggi termasuklah batu, pasir, tanah, silika, arang batu, besi, sawit dan kayu balak. Kebanyakan kenderaan ini terlibat dalam sektor kuari, pelabuhan dan perindustrian berat," menurut kenyataan itu.
Hingga kini, sebanyak 5,967 kenderaan telah diperiksa dan JPJ Kuala Lumpur menegaskan tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana pemandu, pemilik atau syarikat pengangkutan yang cuai dan mengabaikan keselamatan awam sehingga mengakibatkan kerosakan jalan raya atau kemalangan.
JPJ Kuala Lumpur menjelaskan pihaknya turut berdepan dengan cabaran sepanjang operasi, antaranya pemandu enggan bekerjasama dengan memberikan alasan kenderaan rosak, enggan menimbang kenderaan dan melengah-lengahkan arahan pegawai penguat kuasa.
Jabatan itu memberikan amaran bahawa tindakan sedemikian boleh disabitkan di bawah Akta 234 APAD 2010 kerana menghalang tugas pegawai penguat kuasa, yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM200,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun, atau kedua-duanya.
"JPJ Kuala Lumpur kekal komited dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang jalan raya. Pemantauan dan penguatkuasaan berterusan akan dilaksanakan bagi memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- JPJ Kuala Lumpur keluarkan 2,398 saman terhadap 939 kenderaan dalam Ops Perang Lebih Muatan sejak 14 Oktober, termasuk 14 kenderaan disita kerana pelbagai kesalahan seperti muatan berlebihan dan tiada lesen sah.
- Operasi berjalan hingga 31 Disember 2025 dengan fokus pada kawasan berisiko tinggi seperti kuari, pelabuhan dan industri berat; setakat ini 5,967 kenderaan telah diperiksa.
- JPJ beri amaran keras kepada pemandu dan syarikat pengangkutan yang menghalang tugas penguat kuasa, dengan hukuman denda sehingga RM200,000 atau penjara dua tahun di bawah Akta APAD 2010.