awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mayat wanita dijumpai terapung di kolam tadahan Shah Alam
UK siap sedia hadapi "bom cuaca" susulan Ribut Goretti melanda
Hamas sedia mudahkan penyerahan pentadbiran Gaza kepada badan bebas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ops Raya 2018 sasar waktu respons lebih pantas

Hilal Azmi
Hilal Azmi
11/06/2018
13:10 MYT
Ops Raya 2018 sasar waktu respons lebih pantas
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin bersama Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Mohammad Mentek melakukan pelepasan Pasukan Ops Raya 2018. - Foto BERNAMA
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) digesa untuk meningkatkan waktu respons untuk sampai ke tempat kecemasan kepada tempoh 10 minit.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, sepanjang 2017, 83 peratus daripada panggilan kecemasan telah diberi respons dalam tempoh kurang dari 20 minit.
“Walau bagaimanapun sasaran sebenar JBPM untuk sampai ke tempat kecemasan adalah dalam tempoh kurang dari 10 minit.
“Kita merasakan peratusan ini perlu diperkemas dan kalau boleh cepat lagi,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Kempen Pencegahan Kebakaran dan Keselamatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sempena Sambutan Aidilfitri di Cheras pada Isnin.
Majlis turut dihadiri Ketua Pengarah JBPM yang memulakan tugas pada Selasa, Mohammad Hamdan Wahid serta Ketua Setiausaha KPKT, Datuk Seri Mohammad Mentek.
Ops Raya 2018 menyaksikan 18 lokasi strategik dikenal pasti di sepanjang lebuh raya bagi menempatkan unit jentera JBPM sebagai persediaan menghadapi panggilan kecemasan.
Malah, seramai 14,000 anggota bertugas sepanjang cuti perayaan yang akan bertugas 24 jam secara bergilir sebagai persediaan menangani insiden melibatkan kebakaran dan kerja-kerja penyelamatan seperti kemalangan jalan raya.
Statistik panggilan kecemasan sempena Ops Raya JBPM
Statistik panggilan kecemasan sempena Ops Raya JBPM
Topic Berkaitan
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#JBPM
#KPKT
#Mohammad Hamdan Wahid
#Mohammad Mentek
#Ops Raya 2018
#Zuraida Kamaruddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan