MALAYSIA
Ops Selamat PaPa kuat kuasa sepenuhnya Akta Kawalan Produk Merokok - Dzulkefly
Dr Dzulkefly (tengah) ketika membuat pemeriksaan premis bagi penguatkuasaan penuh Akta 852 pada Operasi Penguatkuasaan Penuh Akta 852 di sekitar Presint 15 hari ini. - Gambar Bernama
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini melaksanakan Operasi Selamat Paru-Paru (Ops Selamat PaPa), yang menandakan penguatkuasaan sepenuhnya Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 [Akta 852], sekali gus tamatnya tempoh pelaksanaan berfasa sejak setahun lepas.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata penguatkuasaan penuh bermula hari ini adalah titik penting dalam usaha negara membendung gejala merokok dan melindungi generasi akan datang daripada bahaya produk tembakau serta rokok elektronik.
"Ops Selamat PaPa memberi mesej jelas bahawa kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melanggar peruntukan undang-undang di bawah Akta 852.
"Usaha ini bukan sahaja menegakkan undang-undang tetapi juga memastikan hak rakyat untuk hidup dalam persekitaran sihat dan selamat," katanya selepas menyertai operasi penguatkuasaan penuh Akta 852 di sini hari ini.
Beliau berkata sepanjang tempoh penguatkuasaan berfasa sejak 1 Okt 2024 hingga 30 Sept 2025, sebanyak 400,477 premis diperiksa dalam 20,989 operasi yang dijalankan.
"Daripada jumlah itu, sebanyak 126,531 notis kesalahan boleh dikompaun dikeluarkan, manakala 966 kertas siasatan dibuka bagi kesalahan yang tidak boleh dikompaun. Angka ini menunjukkan betapa seriusnya pihak berkuasa dalam memastikan pematuhan," katanya.
Dzulkefly berkata Ops Selamat PaPa menumpukan tindakan tegas terhadap kesalahan seperti menjual, mempamer atau mengedar produk merokok yang tidak mematuhi peraturan pendaftaran, pembungkusan dan pelabelan.
Jika disabitkan kesalahan, syarikat boleh dikenakan denda antara RM20,000 hingga RM300,000 serta hukuman penjara.
Beliau berkata operasi penguatkuasaan akan terus dilaksanakan dengan kerjasama agensi lain termasuk Polis Diraja Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara serta pihak berkuasa tempatan.
"KKM menyeru masyarakat untuk melaporkan sebarang kesalahan berkaitan melalui saluran rasmi seperti talian WhatsApp 010-860 8949 atau laman sesawang jomlapor.com.
"Dengan penguatkuasaan sepenuhnya akta ini, kami ingin memastikan kesejahteraan rakyat dan masa depan generasi bebas daripada bahaya rokok," katanya.
Beliau berkata langkah itu adalah sebahagian daripada komitmen berterusan kerajaan di bawah nilai MADANI iaitu Kemampanan, Kesejahteraan dan Hormat dalam memastikan kesihatan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.
-- BERNAMA