MALAYSIA
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
Jabatan Imigresen menyerbu sebuah kedai makan di Kampung Baru kerana disyaki menggajikan pekerja asing. - Foto JIM
KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia menyerbu sebuah kedai makan terkenal di Kampung Baru dekat sini selepas disyaki menggajikan pekerja warga asing menerusi OPS Selera semalam.
Ringkasan AI
Pengarah Imigresen Kuala Lumpur Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata dalam serbuan hasil risikan selama seminggu oleh 11 pegawai itu, empat lelaki warga asing berusia 30 hingga 40 tahun ditahan.
"Siasatan mendapati empat warga asing, iaitu dua warga Bangladesh dan masing-masing seorang warga Pakistan dan Indonesia melakukan kesalahan tinggal melebihi masa, tidak memiliki dokumen perjalanan sah dan melanggar peraturan kerja yang ditetapkan.
"Seorang warga tempatan dipercayai penyelia yang menguruskan pekerja-pekerja berkenaan turut diambil keterangan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Wan Mohammed Saupee berkata siasatan awal mendapati pekerja warga asing terbabit dipercayai bekerja di kedai makan itu sejak lima hingga enam bulan lepas.
Beliau berkata siasatan dijalankan mengikut Peraturan 39(b), Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Jabatan Imigresen Malaysia serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru selepas disyaki menggajikan pekerja warga asing melalui OPS Selera.
- Empat lelaki warga asing ditahan kerana kesalahan tinggal melebihi masa, tidak memiliki dokumen perjalanan sah, dan melanggar peraturan kerja.
- Pekerja asing terbabit disyaki bekerja di kedai makan tersebut selama lima hingga enam bulan; siasatan dijalankan mengikut undang-undang imigresen.