MALAYSIA
Ops Songsang: PTD di pejabat timbalan menteri diarah letak jawatan serta-merta
Seramai 171 lelaki tempatan yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat spa dan kesihatan di Chow Kit. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Seorang pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) di pejabat Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (KPT) diarah untuk meletakkan jawatan serta-merta susulan penahanan dalam serbuan Ops Songsang, Jumaat lalu.
Ringkasan AI
Timbalan Menteri KPT, Datuk Mustapha Sakmud berkata, kementerian telah mengambil beberapa tindakan tegas bagi memastikan integriti perkhidmatan awam terus terpelihara.
"Unit Integriti KPT telah memulakan siasatan dalaman ke arah tindakan tatatertib mengikut ketetapan peraturan perkhidmatan," katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya pada Isnin.
Tegas beliau, tiada sesiapa dikecualikan daripada proses undang-undang dan tatakelola serta sebarang tindakan lanjut akan diputuskan berdasarkan hasil siasatan unit integriti dan kerjasama dengan pihak berkuasa.
"Sebagai Timbalan Menteri, saya menghormati proses siasatan yang sedang berjalan dan menyeru semua pihak agar tidak membuat spekulasi yang boleh menjejaskan integriti penyiasatan," jelasnya.
Media sebelum ini melaporkan mengenai kegiatan sebuah pusat spa dan kesihatan yang dipercayai menjadi lokasi golongan lelaki songsang berkumpul dan melakukan aktiviti tidak bermoral, yang terbongkar dalam serbuan di sebuah premis di Chow Kit pada Jumaat lalu.
Operasi bermula jam 8 malam itu dijalankan oleh Bahagian D7 (Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) hasil risikan selama dua minggu.
Seramai 171 lelaki tempatan yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat spa dan kesihatan di Chow Kit.
Daripada jumlah itu, 17 adalah merupakan penjawat awam. -- Sinar Harian
Ringkasan AI
- Pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) di pejabat Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (KPT) diarah untuk meletakkan jawatan susulan penahanan dalam Ops Songsang.
- Kementerian ambil tindakan tegas untuk memastikan integriti perkhidmatan awam terpelihara.
- Serbuan di pusat spa Chow Kit mengakibatkan 171 lelaki tempatan ditahan, termasuk 17 penjawat awam.