awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga kuih akok lapan perisa rancang hasilkan produk sejuk beku
Semua pihak perlu main peranan angkat martabat sektor pelancongan - PM Anwar
Australia pantau rapi wabak virus nipah - Menteri Kesihatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ops Terminal: 13 pemandu bas dikesan positif dadah

Bernama
Bernama
03/07/2017
14:26 MYT
Ops Terminal: 13 pemandu bas dikesan positif dadah
Zainudin berkata operasi bersepadu antara pelbagai agensi perlu diteruskan bagi menyedarkan pemandu pengangkutan awam agar tidak menggaji pekerja yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah. - Gambar hiasan
Seramai 13 pemandu bas ekspres dikesan positif dadah dalam Ops Terminal yang dijalankan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri sejak 18 Jun lepas sehingga semalam.
Jumlah tersebut merupakan antara 2,989 pemandu bas yang diperiksa di 28 terminal bas utama seluruh negara hasil kerjasama Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Pengarah (Penguatkuasaan dan Keselamatan) Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Zainudin Abdullah berkata empat orang ditahan di Kedah, tiga di Perak dan dua di Selangor dan Sabah, serta masing-masing satu di Perlis dan Pulau Pinang.
"Angka tersebut menunjukkan peningkatan dengan enam kes dilaporkan pada tahun 2015 manakala lima kes bagi tahun 2014," katanya dalam satu kenyataan di sini,
Zainudin berkata syarikat kenderaan komersial disarankan untuk sentiasa memastikan pemandu mereka bebas daripada dadah dengan melaksanakan ujian air kencing secara berkala.
"Pemandu bas juga boleh dirujuk ke mana-mana klinik swasta atau pusat kesihatan untuk menjalani ujian saringan air kencing," katanya.
Dalam pada itu, Zainudin berkata operasi bersepadu antara pelbagai agensi perlu diteruskan bagi menyedarkan pemandu pengangkutan awam agar tidak menggaji pekerja yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
"Ini sekaligus dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di musim perayaan dan menyelamatkan banyak nyawa yang tidak berdosa," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AADK
#bas ekspres
#Dadah
#operasi
#operasi bersepadu
#Ops Terminal
#pemandu bas
#positif dadah
#SPAD
#terminal bas
#Zainudin Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan