Ops Warta: 2,012 pesalah trafik ditahan sejak Mei - Khalid

Astro Awani
Mei 27, 2015 15:27 MYT
KHALID: Ops Warta: 2,012 pesalah trafik ditahan sejak Mei - Gambar fail
Seramai 2,012 pesalah trafik yang telah dikenakan waran tangkap ditahan dalam Ops Warta di seluruh ngara sejak 19 Mei, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Beliau berkata lebih ramai pesalah yang belum menyelesaikan saman dan waran tangkap mereka akan ditahan.
"Operasi kini memasuki fasa kedua. Kita bukan sahaja kesan pesalah trafik melalui sekatan jalan raya tetapi turun menjejak mereka di pejabat atau tempat kerja mereka.
"Jadi sesiapa yang masih belum menjelaskan saman, sila jelaskan segera. Kita akan sambung Ops Warta jika perlu dan jika masih ada yang berdegil," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata setakat ini hanya 50,000 saman yang dijelaskan daripada 1.59 juta waran yang dikeluarkan.
Sementara pesalah trafik yang memiliki waran tangkap dan telah menyerah diri adalah seramai 9,836 orang, kata Khalid.
BACA: Ops Warta: 4,184 pesalah trafik serah diri, Selangor tertinggi
Dalam pada itu kata Timbalan Ketua Trafik Bukit Aman, ACP Mahamad Akhir Darus, seramai 69 pesalah trafik yang telah dikenakan waran tangkap ditahan selepas Ops Warta dimulakan di seluruh negara sejak 19 Mei lepas.
BACA: 69 ditahan hari pertama Ops Warta
jelasnya, daripada jumlah itu, sebanyak 36 tangkapan dibuat di Pulau Pinang, 24 di Melaka dan selebihnya di negeri lain.
BACA: Op Warta: Kaunter saman dibuka Sabtu dan Ahad
Sementara itu, laporan Cawangan Trafik Bukit Aman menjelaskan, jumlah pesalah trafik yang mempunyai waran tangkap, menyerah diri sejak Ops Warta dilancarkan mencecah 4,184 individu hingga 23 Mei lepas.
Ujar laporan itu, Selangor merekodkan jumlah tertinggi dengan 1,169 orang diikuti Johor 694 individu.
#Khalid #Ops Warta #trafik #waran