awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

69 ditahan hari pertama Ops Warta

Bernama
Bernama
19/05/2015
12:50 MYT
69 ditahan hari pertama Ops Warta
Seramai 69 pesalah trafik yang telah dikenakan waran tangkap ditahan selepas Ops Warta dimulakan di seluruh negara sejak awal pagi tadi.
Seramai 69 pesalah trafik yang telah dikenakan waran tangkap ditahan selepas Ops Warta dimulakan di seluruh negara sejak awal pagi tadi.
Timbalan Ketua Trafik Bukit Aman, ACP Mahamad Akhir Darus berkata daripada jumlah itu, sebanyak 36 tangkapan dibuat di Pulau Pinang, 24 di Melaka dan selebihnya di negeri lain.
Manakala untuk tempoh sama, beliau berkata seramai 44 pesalah trafik yang telah dikenakan waran tangkap tampil ke balai untuk menyerah diri.
"Ini termasuk 39 di Sarawak, dua di Terengganu dan tiga di Sabah," katanya pada sidang media selepas menyertai operasi Ops Warta bersama media di beberapa premis pekerjaan di sini, hari ini.
Bagaimanapun, Bernama yang turut mengikuti operasi itu mendapati terdapat pesalah trafik yang tidak berada di premis tempat kerja mereka atas alasan mengambil cuti sakit dan cuti kecemasan.
Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff turut memaklumkan beliau mendapat maklum balas yang sama daripada pasukan terlibat dalam operasi di negeri-negeri lain, seluruh negara.
"Mungkin mereka (pesalah trafik) ini dah hidu...saya ingatkan kepada mereka ini, bahawa mereka ini tidak akan boleh ambil cuti sakit atau cuti kecemasan selama-lamanya. Eloklah daripada kami yang mencari, mereka menyerahkan diri di balai-balai berdekatan," katanya.
Selain premis tempat kerja, Mohd Fuad berkata buat masa ini operasi juga ditumpukan kepada sekatan jalan raya, sebelum fokus diberikan kepada mengesan kediaman pesalah-pesalah trafik ini.
"Sekiranya respons dan tahap pencapaian kami di tahap kurang memuaskan (untuk premis tempat kerja dan sekatan jalan), sehingga tiba tahap itu, baru kami akan ke rumah-rumah. Kami tahu pergerakan mereka, insya-Allah beri masa, kami akan kesan mereka," katanya.
Ditanya mengenai sasaran, beliau berkata pihaknya tidak meletakkan sasaran harian tetapi berazam mengesan kesemua 1.59 juta waran tangkap, termasuk sekiranya perlu, mengadakan operasi setiap hari, termasuk pada waktu malam dan hari minggu.
Mengulas lanjut mengenai operasi hari ini, Mohd Fuad berkata kesemuanya berjalan lancar, tiada pergelutan berlaku dan kesemua pesalah trafik yang ditahan memberikan kerjasama kepada pihak polis.
Ditanya mengenai prosedur operasi standard (SOP) ke atas pesalah trafik yang ditahan di dalam Ops Warta, beliau memaklumkan setiap pesalah trafik yang ditahan akan dibawa ke balai berdekatan, sebelum kertas pertuduhan ke atas mereka disiapkan untuk dibacakan di mahkamah.
Topic Berkaitan
#Mahamad Akhir Darus
#Ops Warta
#pesalah trafik
#waran tangkap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan