Bangga dan seronok - itulah reaksi salah seorang tukang jahit Orang Asli, Teh Bah Rahmat yang menerima tempahan menjahit selempang diperbuat daripada bendera Jalur Gemilang untuk dipakai kontinjen Orang Asli sempena sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri di Taiping pada 31 Ogos ini.
Teh, 55, berkata beliau bersama enam lagi penduduk Orang Asli suku kaum Semai yang dikenali sebagai Kumpulan Ceknik (bermaksud menjahit dalam dialek Orang Asli) menerima tempahan itu pada Jumaat lepas untuk menyiapkan kira-kira 100 helai selempang.
"Saya amat bersemangat dapat menjahit selempang ini untuk dipakai masyarakat Orang Asli semasa perbarisan Hari Kebangsaan nanti.
"Walaupun kami tidak bersama-sama dalam perbarisan itu nanti tetapi dapat menjahit selempang ini sedikit sebanyak dapat menyumbang untuk memeriahkan hari kemerdekaan pada tahun ini," katanya ketika ditemui media di Kampung Sungai Cincin di sini, pada Rabu.
Seorang lagi penduduk, Noraimi a/p Yusuf, 31, mengucapkan terima kasih kepada pihak Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) kerana memberi kepercayaan ke atas mereka untuk menyiapkan kesemua selempang berkenaan.
"Kami menjahit selempang ini sehingga waktu senja memang tidak berasa penat malah sangat seronok pula dapat menjahit selempang dari bendera (Jalur Gemilang) yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia," katanya.
Sementara itu, Ketua Komunikasi Korporat Strategik MB Inc, Siti Kamesah Bee Mohd Hashim berkata projek menjahit selempang itu hasil perbincangan sebelum ini antara pihaknya bersama penduduk kampung tersebut.
"Ini adalah salah satu projek Program Kampung Angkat Orang Asli yang diilhamkan oleh Menteri Besar (Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu) yang mana MB Inc sebagai satu daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di bawah kerajaan negeri akan memperkasakan untuk membantu dan membangunkan sosio ekonomi penduduk di sini.
"Walaupun mereka tidak mempunyai masa yang begitu panjang untuk menyiapkan selempang tersebut sebelum perarakan Hari Kebangsaan tetapi semangat bersungguh-sungguh yang ditunjukkan mereka membuatkan proses menjahit berjalan dengan begitu lancar," katanya.
Siti Kamesah Bee berkata sejumlah 700 helai bendera bersaiz kecil berukuran enam sentimeter lebar dan sembilan sm panjang digunakan untuk menjahit kesemua selempang berkenaan.
"Bagi satu helai selempang hanya memerlukan tujuh helai dan ada satu reka bentuk sahaja selempang ini dijahit supaya konsisten," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 28 2019
Wakjijah Bah Rahmat, 43, yang menerima tempahan menjahit selempang diperbuat daripada bendera Jalur Gemilang di Kampung Sungai Cincin Chenderiang pada Rabu. - Bernama
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Penduduk PKPD di Medan Klebang Restu bersemangat kibar Jalur Gemilang
Berada dalam kawasan PKPD sejak 26 Julai lepas tidak menjadi penghalang buat penduduk Medan Klebang Restu, Chemor pamer semangat patriotik.
Hukuman berat perlu terhadap pelaku hina bendera, Jata Negara - Zahidi
Ambil contoh negara jiran Thailand yang mengenakan hukuman berat terhadap mereka yang menghina negara termasuk raja.
Orang Asli bangga jahit 100 helai selempang Jalur Gemilang
Projek menjahit selempang itu hasil perbincangan pihak MB Inc sebelum ini dengan penduduk kampung.
Jalur Gemilang dikibar separuh tiang pada Selasa dan Rabu - PM Najib
Kerajaan ambil keputusan untuk mengisytiharkan dua hari bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang bermula Selasa (esok) dan Rabu.