MALAYSIA
Orang Asli disaran budayakan keusahawanan dalam talian ketengah keunikan produk
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad (dua, kanan) tertarik melihat hasil kraf tangan Orang Asli yang dipamerkan pada Karnival Usahawan Orang Asli (KUOA) 2022 di Bulatan Sultan Azlan Shah Meru hari ini. - BERNAMA
IPOH: Masyarakat Orang Asli disaran membudayakan keusahawanan dalam talian bagi mengetengahkan keunikan produk mereka.
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata langkah ini bagi membolehkan kira-kira 1,000 usahawan Orang Asli di seluruh negara memperluas pasaran produk mereka ke seluruh negara.
"Kita turut mempunyai Desamall@KPLB yang menghubungkan usahawan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan agensi dengan portal membeli-belah secara dalam talian seperti Shopee dan Lazada.
"Kita akan melaksanakan program penjenamaan keusahawanan Orang Asli untuk mereka memahami kaedah perniagaan secara dalam talian," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Karnival Usahawan Orang Asli 2022 (KUOA 2022) di Bulatan Sultan Azlan Shah di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Mohd Zamri Mustajap serta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak Datuk Zainol Fadzi Paharudin.
Terdahulu, Abdul Rahman berkata KPLB menerusi JAKOA memperuntuk RM10.9 juta untuk Program Keusahawanan Orang Asli sejak 2016 sehingga kini.
Beliau berkata peruntukan itu digunakan bagi melahirkan usahawan Orang Asli dengan menyalurkan bantuan dari segi pembinaan premis perniagaan, peralatan selain kursus dan seminar keusahawanan.
"KUOA 2022 mampu mencapai matlamat utama bagi membantu Orang Asli mempertingkat kemahiran komunikasi dan interaksi serta mengetengahkan bakat mereka," katanya.
-- BERNAMA

#Orang Asli
#keusahawanan dalam talian
#Kementerian Pembangunan Luar Bandar
#KPLB
#Abdul Rahman Mohamad