GUA MUSANG: Lebih 1,000 keluarga Orang Asli yang tinggal berdekatan kawasan Tanah Tinggi Lojing dari Pos Brooke, Pos Hendrop dan Pos Tuel merayu agar dibina sekolah menengah dan balai bomba berdekatan penempatan mereka.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Pos Tuel, Atan Alang berkata penduduk dari tiga pos tersebut terpaksa menghantar anak-anak mereka bersekolah sejauh 60 kilometer (km) iaitu ke Sekolah Menengah Panggung Jaya di Kampung Panggung Lalat.
Selain itu, penduduk bergantung sepenuhnya kepada satu-satunya balai bomba yang terletak di bandar Gua Musang berjarak lebih 90km sekiranya berlaku kes kecemasan.
"Penduduk mengambil maklum faktor jarak penempatan menyebabkan mereka perlu menempuhi perjalanan dalam tempoh lama dan panjang untuk menikmati kemudahan asas," katanya kepada pemberita di Pos Tuel di sini, pada Selasa.
Katanya, penduduk Orang Asli di sekitar Pos Brooke, Pos Hendrop dan Pos Tuel semakin bertambah dan dari kecil anak-anak sudah didedahkan dengan pendidikan asas bermula tadika.
Atan berkata penduduk amat berharap agar disediakan sebuah sekolah menengah untuk memastikan tiada keciciran dalam aspek pendidikan dalam kalangan anak Orang Asli di sini.
Beliau berkata jarak yang jauh juga memberi kesan terhadap tahap kehadiran anak-anak Orang Asli ke sekolah.
"Selain masalah menghantar anak ke sekolah menengah yang terletak jauh, kami juga bermasalah apabila berlaku kebakaran di kawasan kampung kerana jarak balai bomba dari sini juga jauh.
"Pelbagai kemungkinan perlu difikirkan tambahan pula sekarang dengan adanya kemudahan elektrik bila-bila masa boleh berlaku kejadian yang tidak diingini seperti litar pintas," katanya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas Mohd Syahbuddin Hashim berkata permohonan telah dihantar bagi mendapatkan fasiliti berkenaan untuk penduduk di kawasan pedalaman berdekatan Tanah Tinggi Lojing.
"Saya fikir wajar untuk bina dalam kadar segera di Tanah Tinggi Lojing kerana ia belum ada, malah dengan adanya fasiliti yang cukup, besar dan lengkap ini akan memberi kemudahan kepada penduduk di kawasan ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 13 2023
Atan berkata penduduk amat berharap agar disediakan sebuah sekolah menengah untuk memastikan tiada keciciran dalam aspek pendidikan dalam kalangan anak Orang Asli di sini. - Foto fail/Astro AWANI
Gitar John Lennon dilelong RM3.81 juta
Sebuah gitar akustik yang lama hilang milik anggota The Beatles, John Lennon ditemui semula dan akan dipamerkan serta dilelong di New York City.
Pengusaha stesen minyak berdepan ugutan diminta buat laporan polis - Saifuddin
Pengusaha stesen minyak yang menjadi mangsa ugutan sindiket penyeludupan bahan api bersubsidi digesa membuat laporan polis.
Liga Parlimen Al-Quds: Malaysia kongsi pengalaman perjuang nasib rakyat Palestin - Syed Ibrahim
Delegasi negara berkongsikan pengalaman Malaysia sebagai usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Akta Laut Wilayah masih sah, terpakai termasuk di Terengganu - PMO
Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750) masih sah dan terpakai di seluruh Malaysia termasuk di Terengganu, walaupun Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu membuat keputusan menolak pemakaiannya.
Yakeb sasar 1,000 bekas atlet baharu tahun ini
Yakeb menyasarkan seramai 1,000 bekas atlet dapat berdaftar di bawah yayasan itu sepanjang tahun ini. Yayasan Kebajikan Atlet K
Pulau Pinang mahu perbanyak kedai makan mesra muslim
Kerajaan Pulau Pinang berhasrat memperbanyakkan kemudahan terutama kedai makan mesra Muslim bagi memperkasakan lagi industri pelancongan di negeri ini.
Tiga firma semikonduktor mahu labur AS$100 juta di Pulau Pinang - Chow
Syarikat berkenaan adalah China Wafer Level CSP Co (WLCSP), Ningbo SJ Electronics Co (SJE) dan Wuxi AMTE Inc (AMTE).
Johor pastikan masalah bekalan air ketika perayaan tidak berulang
Kerajaan negeri akan berusaha memastikan sifar masalah bekalan air pada hari raya tahun hadapan dengan beberapa langkah telah diambil.
41 kes kebakaran terbuka di Gua Musang sejak Februari - Bomba
Aktiviti pembakaran terutamanya di kebun, ladang dan hutan perlu dielakkan ketika musim panas ini.
Runtuhan bangunan di Gaza akan ambil masa 14 tahun untuk dialihkan - Pegawai PBB
Serangan Israel telah meninggalkan runtuhan yang dianggarkan seberat 37 juta tan dalam satu wilayah yang padat dengan penduduk.
ProKhas KPM akan pastikan setiap pelajar Orang Asli tidak keciciran
Selain dapat mengurangkan masalah keciciran dalam kalangan pelajar Orang Asli, ProKhas berfungsi menyediakan kesamarataan untuk mereka.
Usaha cari bakat baharu golongan Orang Asli, luar bandar perlu dipergiat - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan tidak sesekali akan meminggirkan kanak-kanak Orang Asli dan luar bandar dalam menyediakan peluang dan akses untuk bersukan.
Orang Asli cedera dicakar harimau
Mangsa berusia 52 tahun mengalami cedera di muka dan beberapa anggota badan akibat dicakar pak belang.
Awang selami ilmu agama, bimbing masyarakat Orang Asli setempat
Sifat murni Awang untuk mengembangkan ajaran Islam membuahkan hasil apabila beliau berjaya mengislamkan ramai masyarakat Orang Asli.
Cuaca panas: Orang Asli hadkan aktiviti luar rumah, masuk hutan
Bahang cuaca panas menyebabkan masyarakat Orang Asli suku kaum Temiar di Pos Brooke terpaksa mengurangkan aktiviti di luar rumah dan masa bekerja di dalam hutan.
Orang Asli di Pahang tidak perlu khuatir ladang getah, kelapa sawit tetap beroperasi
Kerajaan negeri kini sedang melaksanakan beberapa tindakan ke atas tanah terlibat bagi memudahkan proses pembayaran cukai tanah sebagaimana dilakukan terhadap agensi lain.
DOSM Terengganu dekati komuniti Orang Asli, elak tercicir daftar PADU
Jabatan Perangkaan Malaysia Terengganu giat menjalankan program pendaftaran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) melibatkan komuniti Orang Asli.
Sistem PADU bantu Orang Asli elak tercicir inisiatif kerajaan
Along, dari suku kaum Temiar yang tinggal di Pos Belatim, berkata dia sanggup menunggang motosikal untuk hadir di kaunter PADU.
Banjir: JAKOA akan pastikan masalah Orang Asli diselesaikan
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) akan memastikan setiap masalah yang dihadapi mangsa banjir melibatkan masyarakat Orang Asli di seluruh negara, akan diselesaikan segera.
JAKOA pastikan bekalan makanan Orang Asli terjejas banjir sentiasa cukup
Sehingga kini terdapat tiga Kampung Orang Asli di Mersing dan enam di Kluang yang terjejas hubungan susulan banjir.