NATIONAL
Orang Asli terjatuh bot di Tasik Bera ditemukan lemas

Mayat Sabri Juaram, 49, dijumpai pada 10.05 pagi oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang. -JBPM
KUANTAN: Seorang lelaki Orang Asli yang dilaporkan hilang semalam selepas terjatuh daripada bot di Tasik Bera ditemukan lemas hari ini.
Ringkasan AI
- Seorang lelaki Orang Asli, Sabri Juaram, 49, ditemukan lemas di Tasik Bera selepas terjatuh daripada bot semalam.
- Mayat mangsa dijumpai oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang kira-kira tiga kilometer dari Pangkalan Kampung Putat.
- Operasi mencari dan menyelamat melibatkan pasukan polis, JBPM, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), dan penduduk kampung ditamatkan sepenuhnya pada 12.30 tengah hari.
Operasi mencari dan menyelamat mangsa yang bermula semalam melibatkan pasukan polis, JBPM, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung ditamatkan sepenuhnya pada 12.30 tengah hari.
Mangsa yang juga penoreh getah sebelum ini dilaporkan terjatuh ke dalam tasik berkenaan ketika menaiki bot bersama isteri dan anak perempuannya semasa menyeberang dari Kampung Putat ke Pangkalan Kampung Benal, Pos Iskandar, Bera.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami