MALAYSIA
Orang awam salur maklumat, polis berjaya tangkap warga Myanmar suspek kes bunuh
Polis mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang membantu dalam penyaluran maklumat sehingga membawa kepada penangkapan suspek. - Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Seorang lelaki warga Myanmar yang dikehendaki polis selepas dipercayai terlibat dalam kes bunuh di Tangkak Rabu lalu berjaya ditahan awal pagi tadi di kawasan Batu Berendam Melaka.
Ringkasan AI
Ketua Polis Daerah Tangkak Supt Roslan Mohd Talib berkata suspek berjaya ditahan kira-kira 1 pagi tadi oleh sepasukan polis Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Tangkak, dan pihaknya akan membuat permohonan tahanan reman pagi ini bagi melengkapkan siasatan.
"Pihak polis telah menyiarkan satu hebahan berkaitan usaha mengesan seorang lelaki warganegara Myanmar bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
"Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada orang ramai yang membantu dalam penyaluran maklumat sehingga tertangkapnya individu yang dikehendaki," katanya.
Rabu lepas polis dilaporkan mengesan seorang lelaki warga Myanmar berusia 24 tahun, yang juga pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) selepas disyaki terlibat dalam kes pembunuhan di Tangkak.
Menurutnya kejadian dipercayai berlaku di sebuah rumah sewa di Jalan Kemajuan, di Tangkak kira-kira 7 malam.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Seorang lelaki warga Myanmar yang disyaki terlibat dalam kes bunuh di Tangkak telah berjaya ditahan oleh polis di Batu Berendam, Melaka sekitar jam 1 pagi tadi.
- Suspek berusia 24 tahun dan pemegang kad UNHCR itu dipercayai terlibat dalam kejadian pembunuhan di sebuah rumah sewa di Jalan Kemajuan, Tangkak pada 11 Jun sekitar jam 7 malam.
- Polis akan memohon tahanan reman bagi melengkapkan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mengucapkan terima kasih kepada orang awam atas bantuan maklumat.