KUALA LUMPUR: Walaupun pengambilan dos penggalak kedua vaksin COVID-19 tidak diwajibkan namun orang ramai yang secara sukarela mengambilnya mempunyai alasan tersendiri untuk berbuat demikian.
Penghidap kanser limfoma Datin Fuzianna Ibrahim, 59, berkata beliau memilih untuk mendapatkan dos penggalak kedua kerana penyakit itu menjejaskan daya tahan imunnya sehingga mendedahkan beliau kepada risiko tinggi dijangkiti COVID-19.
"Bagi kes saya, memang (pengambilan dos penggalak kedua) sangat diperlukan sebab bukan hanya saya menghidap kanser tetapi saya juga telah melakukan pemindahan sum-sum tulang yang merendahkan lagi keimunan badan saya.
"Saya memang hendak (dapatkan dos penggalak kedua) kerana saya sedar saya ada komobiditi dan kadangkala melakukan perjalanan, saya mahu rasa lebih terlindung... Jadi saya tanya doktor yang merawat kanser saya adakah boleh dan beliau amat mengesyorkannya," kata beliau kepada Bernama.
Bekas ahli farmasi itu turut menyarankan agar penghidap kanser seperti beliau atau yang berisiko terdedah kepada jangkitan COVID-19 disebabkan faktor lain seperti sudah berusia untuk tidak takut mendapatkan dos penggalak kedua.
Bagi petugas media Anis Hazim Sharudin, 26, keputusan untuk melengkapkan pengambilan dos penggalak adalah bagi melindungi dirinya daripada bahaya COVID-19 dan sebagai langkah berjaga-jaga dengan mengambil kira kekerapan beliau ke luar negara.
"Saya sedar risiko jangkitan COVID-19 adalah lebih tinggi apabila berada di kawasan tertutup seperti dalam kapal terbang dan sebelum ini, saya pernah positif COVID-19 selepas pulang mengembara dari luar negara.
"Selain itu, bagi mengadaptasi dengan kehidupan dalam norma baharu terutama keperluan untuk hadir semula ke pejabat membuatkan saya ingin mengambil dos penggalak sebagai perlindungan," katanya ketika dihubungi Bernama.
Pada masa sama, Anis berkata proses mendapatkan dos penggalak melalui aplikasi MySejahtera juga amat mudah dan tidak menyukarkan beliau yang sentiasa mempunyai jadual kerja padat.
"Sangat mudah dan saya sangat sarankan kepada keluarga dan rakan. Semuanya dilakukan di aplikasi MySejahtera. Ambil masa seminggu untuk tempah dan klinik pilihan saya hanya 10 minit dari rumah, tidak perlu beratur panjang dan keseluruhan proses adalah kurang daripada 30 minit," katanya.
Pencipta Kandungan Zainol Arif Zainal Bahrin, 25, yang bakal mendapatkan dos penggalak kedua esok pula berpendapat langkah itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosialnya untuk membendung penularan semula COVID-19 selain melindungi diri.
"Saya terpanggil untuk mengambil dos penggalak demi melindungi diri dan masyarakat, kita jaga kita... saya sangat menyarankan orang ramai agar turut mengambil suntikan dos penggalak di samping melindungi diri dan keluarga untuk mengelakkan penularan wabak seperti yang pernah terjadi sebelum ini," katanya.
Baru-baru ini, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan suntikan dos penggalak ditawarkan di 1,293 pusat pemberian vaksin (PPV) di seluruh negara iaitu di 104 hospital Kementerian Kesihatan Malaysia, 754 klinik kesihatan dan 435 PPV swasta.
Beliau berkata orang ramai yang tergolong dalam kumpulan keutamaan boleh mendapatkan vaksinasi tanpa janji temu atau secara datang terus ke hospital, klinik kesihatan atau PPV swasta manakala kategori lain perlu membuat tempahan janji temu melalui aplikasi MySejahtera atau menghubungi PPV swasta.
Berdasarkan data di laman sesawang KKMNOW setakat tengah malam tadi, sejumlah 16,297,142 atau 49.9 peratus daripada populasi Malaysia telah mengambil dos penggalak pertama dan hanya 759,815 atau 2.3 peratus daripada populasi sama memilih mendapatkan dos penggalak kedua.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 24 2023
Suntikan dos penggalak ditawarkan di 1,293 pusat pemberian vaksin (PPV) di seluruh negara. - Gambar fail
AWANI 7:45 [14/12/2024] – Kecuaian kritikal | Laporan lengkap minggu depan | Tengku Zafrul belum jumpa
Laporan berita padat dan ringkas AWANI 745 bersama Luqman Hariz
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
AWANI Ringkas: Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Disember 2024
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
Agenda AWANI Asia: Pemeliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara
Apakah usaha signifikan melindungi warisan budaya tidak ketara? Bagaimana jaringan kerjasama dapat dilakukan demi meningkatkan kesedaran untuk memelihara warisan budaya serantau? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
7,294 kes COVID-19 dicatatkan di Perak sepanjang tahun ini
Sebanyak 7,294 kes COVID-19 direkodkan di Perak sejak 1 Jan hingga 16 Dis lepas berbanding 108,859 kes dicatatkan bagi tempoh sama, tahun lepas.
COVID-19: Kes aktif varian Omicron bergejala ringan - Pakar perubatan
Beliau berkata kes COVID-19 dijangka berkurangan selepas satu bulan berdasarkan pemerhatian trend jangkitan virus oleh KKM.
Johor galakkan imam, jemaah ambil dos penggalak vaksin COVID-19
Imam, bilal dan jemaah masjid di Johor digalakkan mengambil suntikan dos penggalak susulan peningkatan kes COVID-19 ketika ini.
COVID-19: Tiada arahan wajibkan semua rakyat Malaysia dapatkan dos penggalak - Fahmi
Tiada arahan atau kewajipan untuk seluruh rakyat Malaysia mengambil suntikan dos penggalak vaksin susulan peningkatan kes COVID-19.
COVID-19: KKM saran dos penggalak ketiga untuk golongan rentan
KKM menyarankan pengambilan dos penggalak ketiga vaksin COVID-19 terutama bagi golongan rentan dan berisiko tinggi berikutan peningkatan kes kebelakangan ini.
Vaksin COVID-19: Penerima dos penggalak kedua terus meningkat
Bilangan penerima dos penggalak kedua kini melepasi 2.5 peratus, mewakili 819,670 individu.
COVID-19: Sambutan dos penggalak masih kurang memuaskan - Dr Zaliha
Sambutan orang ramai terhadap pengambilan dos penggalak vaksin COVID-19 masih kurang memuaskan, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Vaksin COVID-19: Australia lancar dos penggalak kelima
Keputusan itu memperluaskan kelayakan suntikan dos penggalak merangkumi kira-kira 14 juta orang yang akan ditawarkan vaksin.
Orang ramai ada sebab tersendiri lengkapkan dos penggalak COVID-19
Walaupun pengambilan dos penggalak kedua vaksin COVID-19 tidak diwajibkan namun orang ramai yang secara sukarela mengambilnya mempunyai alasan tersendiri untuk berbuat demikian.
Vaksin COVID-19: FDA cadang pemberian tahunan
Pemberian vaksin tersebut disifatkan seperti pemberian suntikan vaksin influenza bertujuan untuk memudahkan strategi COVID-19.