Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) meminta orang ramai berhati-hati supaya tidak terperdaya dengan tawaran pelaburan palsu yang dikesan menggunakan nama dan logo syarikat itu.
Syarikat pengurusan unit amanah tersebut berkata justeru, orang ramai dinasihatkan menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB di talian 03-77308899 atau layari www.asnb.com.my, atau e-mel ke [email protected] sekiranya terdapat sebarang kemusykilan atau pertanyaan.
"Baru-baru ini wujud penyebaran mesej menerusi aplikasi WhatsApp menggunakan nama 'ASNB Group' bertujuan memperdaya orang ramai membuat pelaburan dalam pakej pelaburan palsu," menurut ASNB dalam kenyataan pada Rabu.
ASNB berkata dalam mesej berkenaan, penghantar mendakwa mewakili ASNB Group dan menggunakan nama serta logo syarikat ASNB tanpa kebenaran bagi menawarkan pakej pelaburan yang menjanjikan pulangan luar biasa dalam tempoh yang singkat.
"Modus operandi pelaburan palsu ini ialah sekiranya penerima mesej berminat untuk melabur, mereka hanya perlu memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun bank yang dinyatakan dalam mesej berkenaan secara dalam talian.
"Wang itu kononnya akan didagangkan ke dalam sektor minyak, pasaran saham serta mata wang, dan pelabur hanya perlu menunggu keuntungan dimasukkan terus ke dalam akaun mereka," kata ASNB.
ASNB berkata pihaknya mengambil serius perkara terbabit dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap pelaku, malah satu laporan polis mengenai mesej berkenaan telah dibuat.
ASNB menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan meminta mereka terus menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB untuk membuat aduan sekiranya menerima mesej meragukan mengenai pelaburan menggunakan nama ASNB.
"Untuk makluman, ASNB ialah syarikat yang menawarkan unit amanah dan tidak pernah melantik mana-mana individu untuk menawarkan sebarang pakej pelaburan sama ada secara langsung atau menerusi kemudahan WhatsApp mahupun mana-mana aplikasi mesej yang lain," kata ASNB.
Ia juga tidak pernah menggunakan nama ASNB Group dalam sebarang aktiviti promosi dan publisiti produk.
Orang ramai yang ingin memulakan pelaburan dalam unit amanah ASNB perlu terlebih dahulu mengunjungi cawangan ASNB atau ejen ASNB untuk membuka akaun pelaburan dengan membawa bersama dokumen pengenalan diri yang asal, menurut ASNB.
Firma itu berkata pelaburan tambahan secara dalam talian pula hanya boleh dilakukan menerusi portal dan aplikasi mudah alih myASNB, dan perbankan Internet ejen berdaftar kami seperti Maybank2u, CIMBClicks, RHB Now dan AffinOnLine.
"Pihak ASNB tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian akibat pelaburan dalam sebarang skim pelaburan yang tidak mempunyai kaitan dengan ASNB," katanya.
Sebarang urus niaga pelaburan untuk unit-unit amanah ASNB boleh dilakukan di mana-mana pejabat cawangan ASNB dan ejen ASNB seluruh negara.
Layari www.asnb.com.my dan klik menu 'Hubungi' untuk senarai cawangan dan ejen ASNB.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 27 2020
![Orang ramai diminta waspada dengan tawaran pelaburan palsu guna nama, logo ASNB Orang ramai diminta waspada dengan tawaran pelaburan palsu guna nama, logo ASNB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/51590632178_ASNB.jpg)
ASNB ialah syarikat yang menawarkan unit amanah dan tidak pernah melantik mana-mana individu untuk menawarkan sebarang pakej pelaburan.
Tanah runtuh: Lebih 250 maut, Ethiopia berkabung tiga hari
Parlimen Habsyah mengumumkan tempoh berkabung tiga hari bermula hari in susulan tragedi tanah runtuh di selatan negara itu.
Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA). Memaklumkan lebih 257 mangsa jadi korban bencana yang berlaku di wilayah berpenduduk padat itu.
Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA). Memaklumkan lebih 257 mangsa jadi korban bencana yang berlaku di wilayah berpenduduk padat itu.
![KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722055391_moukprjterengganu.jpg)
KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif
Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) dan Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) memeterai memorandum persefahaman.
![Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722057242_tbFirefightersOreg.jpg)
Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island
Kebakaran hutan besar di negeri Oregon, telah merebak kira-kira 600 batu persegi (1,554 km persegi), yang saiznya melebihi separuh daripada keluasan tanah Rhode Island.
![Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi' Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721815858_dasarlaut.jpg)
Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi'
LAUT menjadi antara penghasil oksigen paling banyak di atmosfera. Selama ini saintis percaya oksigen ini dihasilkan oleh tumbuhan laut menerusi proses fotosintesis.
![Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039049_TanSriDrSitiZaha.jpg)
Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam
Jenazah bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam hari ini.
![Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722053002_tbBevPriestman.jpg)
Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita
Ketua jurulatih pasukan kebangsaan wanita Kanada, Bev Priestman, disingkirkan daripada pasukan bola sepak Olimpik Paris negara itu kerana skandal yang melibatkan penggunaan dron untuk mengintip lawan.
![Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716287876_cuacapanas.jpg)
Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba
JBPM Zon Sibu mengingatkan orang awam agar tidak melakukan pembakaran terbuka ketika cuaca panas dan kering yang melanda Sarawak sekarang.
Valor Fun Run tampil lorong berasingan buat wanita
Bagi meraikan amalan gaya hidup sihat, serta bahang Sukan Olimpik Paris 2024.
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Tawaran dua tahun awal demi kebaikan jemaah musim seterusnya
Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman maklumkan, antara pembaharuan akan diperkenalkan Lembaga Tabung Haji, TH nanti termasuk mengeluarkan surat tawaran mengerjakan haji dua tahun lebih awal
Waspada penipuan pakej haji, elak langgar fatwa
Pada musim haji akan datang, rakyat Malaysia dinasihatkan tidak tertipu dengan kuota yang diberikan selain pengendali tunggal di Malaysia oleh tabung haji.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
![Orang ramai diminta waspada dengan tawaran pelaburan palsu guna nama, logo ASNB Orang ramai diminta waspada dengan tawaran pelaburan palsu guna nama, logo ASNB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/51590632178_ASNB.jpg)
Orang ramai diminta waspada dengan tawaran pelaburan palsu guna nama, logo ASNB
Baru-baru ini wujud penyebaran mesej menerusi aplikasi WhatsApp menggunakan nama 'ASNB Group' bertujuan memperdaya orang ramai membuat pelaburan dalam pakej pelaburan palsu.
![Pemegang unit ASNB boleh keluarkan pelaburan menerusi portal myASNB Pemegang unit ASNB boleh keluarkan pelaburan menerusi portal myASNB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/51584610089_AmanahSahamNasional.jpg)
Pemegang unit ASNB boleh keluarkan pelaburan menerusi portal myASNB
Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) hari ini mengumumkan kemudahan pengeluaran pelaburan secara dalam talian untuk dana unit amanah terpilih di bawah pengurusannya menerusi portal myASNB.
![Nisbah hutang isi rumah susut kepada 83 peratus pada 2018 Nisbah hutang isi rumah susut kepada 83 peratus pada 2018](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/71553680810_Rasuah.jpg)
Nisbah hutang isi rumah susut kepada 83 peratus pada 2018
Nisbah hutang isi rumah kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) susut kepada 83 peratus pada tahun lepas berbanding 84.3 peratus pada 2017.
![PNB lancar 2 produk baharu, umum agihan pendapatan PNB lancar 2 produk baharu, umum agihan pendapatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/71538037704_TBTANSRIDRZETIA.jpg)
PNB lancar 2 produk baharu, umum agihan pendapatan
Dana unit amanah itu - ASN Equity 5 dan ASN Sara 2 - merupakan sebahagian daripada usaha PNB untuk meluaskan portfolio unit amanahnya.
![Maybank akan ambil alih AMB dan SUTL untuk RM51 juta Maybank akan ambil alih AMB dan SUTL untuk RM51 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/61493361631_Maybank.jpg)
Maybank akan ambil alih AMB dan SUTL untuk RM51 juta
Maybank Asset Management Group Bhd (MAMG) telah memeterai dua perjanjian pembelian saham bersyarat masing-masing dengan Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) dan PNB International Limited, bagi mengambil a
![ASNB umum agihan pendapatan enam sen untuk ASN 3 ASNB umum agihan pendapatan enam sen untuk ASN 3](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/41480427035_AmanahSahamNasional.jpg)
ASNB umum agihan pendapatan enam sen untuk ASN 3
Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), mengumumkan pengagihan pendapatan enam sen seunit bagi Amanah Saham Nasional 3 Imbang (ASN 3) untuk tahun kewangan berakhir 30 November 2016.
![Agihan pendapatan AS1Malaysia 6.10 sen seunit - ASNB Agihan pendapatan AS1Malaysia 6.10 sen seunit - ASNB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-12/61450352002_AbdulWahidOmar.jpg)
Agihan pendapatan AS1Malaysia 6.10 sen seunit - ASNB
Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata agihan pendapatan melibatkan bayaran keseluruhan RM700.63 juta itu akan memberi manfaat kepada lebih 393,000 pemegang dengan langganan 11.49 bilion unit AS1Malaysia.
![PNB umum agihan pendapatan 6.70 sen seunit PNB umum agihan pendapatan 6.70 sen seunit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2012-12/51356504300_295x200.jpg)
PNB umum agihan pendapatan 6.70 sen seunit
Pengagihan pendapatan keempat itu merupakan peningkatan sebanyak 0.10 sen seunit berbanding 6.60 sen seunit yang diumumkan tahun lepas.