Orang ramai dinasihat mendapatkan rawatan segera jika mempunyai tanda-tanda Penyakit Virus Ebola (EVD), sejenis penyakit demam berdarah yang boleh membawa maut dan sedang menular di beberapa negara.
Presiden Malaysian Integrated Medical Professionals Association (MIMPA) dan Pakar Virologi, Dr Dhesi Baha Raja berkata antara simptom ialah demam, sakit kepala, sakit tekak, sakit sendi dan kurang selera makan.
"Pesakit juga akan mengalami muntah, cirit-birit dan pendarahan dalaman serta luaran pada tahap kedua. Walaupun tiada kes (berlaku) di negara ini tetapi langkah pencegahan sangat penting.
"EVD ini merupakan penyakit jangkitan virus yang parah dan kira-kira 50 hingga 60 peratus orang yang dijangkiti penyakit ini akan mengalami kematian", katanya kepada Bernama hari ini.
Pengasas "The Malaysian Medical Gazette" itu menegaskan setakat ini dunia belum menghasilkan sebarang ubat khusus untuk rawatan EVD.
Katanya, kaedah rawatan setakat ini simptomatik iaitu memberi rawatan mengikut keadaan pesakit.
Sebagai contoh, jika pesakit itu kekurangan air, air dimasukkan ke dalam badan pesakit.
Dr Dhesi berkata, orang ramai juga perlu mengambil langkah-langkah kebersihan asas seperti basuh tangan, langkah penjagaan universal dan mengendali makanan secara bersih.
Bagi petugas hospital pula mereka dinasihatkan memakai peralatan dan pakaian yang selamat seperti topeng dan sarung tangan.
"Virus ini berjangkit melalui sentuhan bendalir badan termasuk kencing, darah dan juga sperma dan virus yang dijangkiti melalui sperma pula mampu bertahan aktif selama tujuh minggu," katanya.
Beliau berkata, Ebola mula dikesan pada awal tahun 1976 di Yambuku, Zaire berdekatan sungai Ebola.
Beliau juga berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengambil langkah awal yang betul dengan memperkukuhkan aktiviti kesiapsiagaan dan respons terutama di pintu masuk antarabangsa, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Namun, setakat ini tiada sebarang jangkitan EVD dikesan di negara ini.
Bernama
Mon Aug 04 2014
Orang ramai dinasihat mendapatkan rawatan segera jika mempunyai tanda-tanda Penyakit Virus Ebola (EVD) - Foto Fail
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH lancar manifesto minggu depan
Calon PH Pang Sock Tao akan melancarkan manifesto sempena PRK Kuala Kubu Baharu minggu depan.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
TH tanggung lebih RM350 juta kos tunai haji tahun ini
Lembaga Tabung Haji (TH) menanggung lebih RM350 juta membabitkan kos langsung dan tidak langsung tunai haji menerusi Bantuan Kewangan Haji pada tahun ini.
Musim haji: Persiap diri, jaga keselamatan dan kesihatan - Sultan Selangor
Sultan Sharafuddin menasihatkan jemaah agar membuat persiapan fizikal, emosi dan ilmu pengetahuan dengan sebaiknya.
Punca 70 peratus pekerja seluruh dunia berdepan penyakit
Perubahan iklim yang semakin ketara menyebabkan 70 peratus pekerja di seluruh dunia terdedah kepada pelbagai bahaya.
Cabul MRSM: Polis selesai rakam keterangan 14 individu
Polis Kelantan telah memanggil 14 individu untuk memberi keterangan berhubung kes pedofilia yang melibatkan seorang guru di MRSM Tumpat.
Penjawat awam ditahan polis positif dadah
Seramai 11 penjawat awam antara 30 yang ditahan polis kerana positif dadah di sebuah pusat hiburan di Batu Pahat, awal pagi Ahad.
Inspektor ditahan kerja
Seorang Inspektor polis yang ditahan bagi membantu siasatan kes amang seksual terhadap remaja perempuan berusia 16 tahun, akan dikenakan tindakan tahan kerja.
Enam lagi laporan kes liwat pelajar
Polis tidak menolak kemungkinan beberapa lagi laporan polis akan dibuat oleh mangsa lain selepas seorang ustaz dicekup dipercayai meliwat tiga pelajar lelaki di sebuah pusat tahfiz di Machang.
Polis sahkan Chegu Bard direman dua hari
Polis sahkan Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali Chegu Bard ditahan dan direman dua hari untuk siasatan mengikut Akta Hasutan 1948.
Orang ramai diminta waspada terhadap jangkitan virus ebola
Orang ramai dinasihat mendapatkan rawatan segera jika mempunyai tanda-tanda Penyakit Virus Ebola (EVD), sejenis penyakit demam berdarah yang boleh membawa maut dan sedang menular di beberapa negara.