MALAYSIA
Orang ramai dinasihat lebih berhati-hati beli pakej haji, Arab Saudi perketat visa Mujamalah

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali ketika sidang media di Menara KPJ hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Orang ramai diingatkan supaya lebih berhati-hati ketika membeli pakej mengerjakan ibadah haji susulan langkah Arab Saudi mengetatkan pengeluaran visa Mujamalah kepada rakyat negara ini.
Ringkasan AI
- Amaran terhadap penipuan pakej haji: Arab Saudi mengetatkan pengeluaran visa Mujamalah, dan polis menjangkakan peningkatan tawaran palsu oleh sindiket penipuan.
- Pasukan khas untuk isu jemaah haji: Pasukan Petugas Khas ditubuhkan bagi menyelaras siasatan dan menangani kes jemaah haji yang terkandas akibat pakej palsu.
- Langkah pencegahan: Orang ramai disaran memeriksa kesahihan ejen atau syarikat dengan MOTAC dan Tabung Haji sebelum membeli pakej haji.
"Setakat ini polis menerima satu laporan berkaitan penipuan ini dengan jumlah kerugian bernilai RM71,000.
"Tahun ini, Arab Saudi sudah mengecilkan pengeluaran visa Mujamalah untuk rakyat Malaysia menunaikan haji, jadi pengeluaran permit tersebut menjadi amat ketat," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Muhammed Hasbullah berkata bermula musim haji tahun ini, Pasukan Petugas Khas Menangani Isu Jemaah Haji Terkandas ditubuhkan bagi menyelaras siasatan, mengurus dokumentasi, serta melaksanakan tangkapan ke atas individu atau pemilik syarikat yang disyaki terlibat dalam penawaran pakej haji palsu.
Beliau berkata penugasan pasukan itu diaktifkan pada tempoh tertentu setiap kali musim haji berlangsung dengan kerjasama strategik MOTAC dan TH.
"Pasukan ini akan beroperasi di Bilik Mesyuarat One Stop Center, Aras 2, Blok B Parking Terminal Utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur," katanya.
Beliau berkata ia merupakan sebahagian daripada inisiatif memperkasa sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat khususnya dalam menangani aduan serta isu berkaitan jemaah haji yang terkandas secara lebih terancang, efisien dan berlandaskan bidang kuasa setiap agensi yang terbabit.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami