awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Orang ramai dinasihat minum air mencukupi ketika cuaca berjerebu

Bernama
Bernama
14/08/2018
11:40 MYT
Orang ramai dinasihat minum air mencukupi ketika cuaca berjerebu
Orang ramai dinasihat supaya bertenang dan mengambil lebih minuman berikutan keadaan berjerebu di sini sekarang. - Gambar fail
Kerajaan negeri Pulau Pinang menasihatkan orang ramai supaya bertenang dan mengambil lebih minuman berikutan keadaan berjerebu di sini sekarang.
Setakat 3 petang tadi, dua stesen di pulau ini mencatat bacaan Indeks Kecemaran Udara (API) 47 dan 42 masing-masing di Balik Pulau dan USM, sementara tahap API sederhana dicatat di Seberang Jaya (52) dan Perai (54).
Dalam kenyataan akhbar hari ini, anggota exco bagi Pertanian, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan Negeri Dr Afif Bahardin berkata orang ramai tidak perlu panik tentang jerebu tersebut dan bagi kebanyakan kes mereka boleh meneruskan aktiviti luar rumah dengan selamat.
"Bagi individu sihat, pendedahan beberapa hari kepada keadaan berjerebu tidak menyebabkan masalah kesihatan serius kecuali radang mata, hidung dan kerongkong," katanya.
Dr Afif menasihatkan mereka yang menghidap penyakit kronik dan respiratori agar mempunyai ubat sepanjang masa.
Beliau juga mengingatkan mereka yang merasa kurang sihat, khususnya orang tua dan kanak-kanak, dan mereka yang menghidap penyakit jantung atau paru-paru kronik, mendapatkan rawatan perubatan dengan segera.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dr Afif Bahardin
#jerebu
#kerajaan
#minum air
#nasihat
#Panas
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan