awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Orang ramai disaran beri cadangan pelan pembangunan pendidikan baharu

Bernama
Bernama
24/06/2024
04:05 MYT
Orang ramai disaran beri cadangan pelan pembangunan pendidikan baharu
KPM telah membangunkan portal cadangan Masa Depan Pendidikan Malaysia 2026-2036 bagi memudahkan pengumpulan maklumat, cadangan dan idea daripada seluruh masyarakat berkaitan hala tuju pendidikan negara.
PUTRAJAYA: Orang ramai disaran menyumbang cadangan bagi menghasilkan pelan pembangunan pendidikan baharu yang telah bermula 14 Mei lepas hingga 31 Dis ini.
Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan pelan baharu itu bertujuan mengantikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang hampir sampai ke penghujung pelaksanaannya.
"Selaras dengan konsep whole of society approach, KPM mengalu-alukan cadangan daripada pelbagai pihak dalam bentuk memorandum atau kertas cadangan untuk membantu menghasilkan pelan pendidikan masa depan yang komprehensif dan holistik," menurut KPM dalam kenyataan di sini hari ini.
Bagi tujuan itu, KPM memaklumkan portal cadangan Masa Depan Pendidikan Malaysia 2026-2036 telah dibangunkan bertujuan memudahkan pengumpulan maklumat, cadangan dan idea daripada seluruh masyarakat berkaitan hala tuju pendidikan negara.
Portal Cadangan Masa Depan Pendidikan Malaysia 2026-2036 boleh diakses melalui pautan https://www.moe.gov.my/pelanpendidikan2026/public.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Pendidikan
#Pelan Pembangunan Pendidikan
#Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
#portal cadangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan