awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Orang ramai disaran salur bantuan banjir menerusi APM di Pahang

Bernama
Bernama
02/12/2024
07:12 MYT
Orang ramai disaran salur bantuan banjir menerusi APM di Pahang
Penyampaian sumbangan akan dapat dibuat dengan lebih sistematik melalui penyelarasan bersama Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah yang terjejas. - fotoBERNAMA
KUANTAN: Badan bukan kerajaan (NGO), syarikat swasta dan orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di negeri Pahang diminta berbuat demikian menerusi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bagi tujuan penyelarasan.
Pengarah APM Pahang Kol (PA) Che Adam A Rahman berkata selaku Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, APM akan memastikan tidak ada mangsa banjir yang tertinggal daripada menerima bantuan.
"Bermula 2 Dis, kami di APM selaku Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang telah menjalankan satu lagi fungsi iaitu mengumpul sumbangan bantuan mangsa banjir di Pusat Pengumpulan Utama di ibu pejabat APM negeri di Jalan Beserah di sini," katanya menerusi aplikasi WhatsApp di sini hari ini.
Beliau berkata menerusi kaedah itu, penyampaian sumbangan akan dapat dibuat dengan lebih sistematik melalui penyelarasan bersama Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah yang terjejas.
"Antara sumbangan yang dicadangkan makanan kering, tuala, kain sarung, telekung, susu bayi, lampin pakai buang, tuala wanita dan jaket keselamatan. Pakaian terpakai tidak diterima memandangkan ia memerlukan pengasingan," katanya.
Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi Lt Norisma 019-9093694 atau Lt Luqman Hakim dengan menelefon 014-9945679.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
#APM
#Banjir 2024
#Pusat Kawalan Operasi Bencana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan