[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
NATIONAL

Orang ramai diseru derma darah

Astro Awani 14/04/2020 | 23:23 MYT
Bekalan darah semakin berkurangan susulan peningkatan kes virus COVID-19, selain kes ibu mengandung, bayi dan pesakit kritikal. - Gambar fail
Bank Darah Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) menyeru kepada orang ramai untuk tampil menderma darah bagi memastikan bekalan darah mencukupi kepada pesakit yang memerlukan setiap hari.
Seorang doktor, Aqwa Azman, menerusi satu hantaran di Twitter meminta kerjasama orang ramai agar dapat membantu mereka dalam usaha menyelamatkan nyawa pesakit.
Bekalan darah di hospital itu semakin berkurangan susulan peningkatan kes virus COVID-19, selain kes ibu mengandung, bayi dan pesakit kritikal.
Mereka yang mahu menderma darah bolehlah hadir ke Jabatan Perubatan Transfusi, Menara Utama PPUM, dari Isnin hingga Jumaat, bermula jam 8 pagi hingga 4.30 petang.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada Isnin, Kementerian Kesihatan mengakui berdepan kekangan untuk menambah simpanan bekalan darah susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan ketika ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata, orang ramai masih boleh menderma darah di klinik, hospital dan Pusat Darah Negara (PDN) bagi menangani kekurangan bekalan terutama menjelang Ramadan.
Beliau turut menyatakan, sebanyak 12 pesakit yang kini pulih jangkitan COVID-19 telah tampil menderma plasma darah masing-masing bagi digunakan dalam kajian rawatan pesakit COVID-19.
#bank darah #bekalan darah #COVID-19 #darah #derma darah #koronavirus #perubatan #PKP #plasma darah #PPUM