MALAYSIA
Orang ramai masih tidak dibenarkan masuk kawasan operasi
Orang ramai masih belum dibenarkan masuk ke kawasan operasi di Kampung Tanduo dan Kampung Minyak walaupun kedua-dua kampung itu telah ‘dibersihkan’ dari pengganas Sulu.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata ini kerana jawatankuasa keselamatan masih sedang menilai kerosakan dan kemusnahan di kawasan-kawasan itu sebelum membenarkan orang ramai masuk.
“Kami kini hanya menempatkan anggota di kedua-dua kampung itu hanya untuk memastikan musuh tidak kembali menduduki kawasan-kawasan itu,” kata beliau semasa satu sidang media di sini.
Hamza juga berkata fokus anggota keselamatan negara kini ialah Kampung Sungai Bilis.