awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TASK raih kutipan hampir RM4 juta tahun 2026
Meta, TikTok dan Google perkukuh ciri keselamatan digital remaja
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman dibuka mulai hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Orang ramai mula berkumpul di Mahkamah Jalan Duta

Sinar Harian
Sinar Harian
30/10/2024
00:20 MYT
Orang ramai mula berkumpul di Mahkamah Jalan Duta
Penyokong Najib berkumpul di hadapan pintu masuk Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi memberi sokongan moral kepada bekas Perdana Menteri itu. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak mula berkumpul di hadapan pintu masuk Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur seawal pagi bagi memberi sokongan moral kepada bekas Perdana Menteri itu.
Kumpulan penyokong itu mula tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur sekitar jam 7 pagi dan setia menanti kehadiran pemimpin kesayangan mereka itu.
Bukan sahaja dihadiri oleh penyokong muda dan tua, malah individu membabitkan orang kurang upaya (OKU) turut berada di pintu masuk mahkamah.
Berada di atas kerusi roda, individu OKU tersebut dilihat setia menanti kehadiran Najib ke mahkamah pada pagi ini.
Selain kumpulan penyokong, pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut berada di mahkamah bagi mengawal lalu lintas bagi melancarkan perjalanan di kawasan sekitar.
Bukan sahaja berada di lokasi utama mengatur kenderaan tiba, susunan 'kon' dilakukan oleh petugas PDRM bagi menghalang pemandu meletakkan kenderaan di tepi jalan.
Selepas enam tahun didakwa, nasib Najib sama ada diperintah bela diri atau dibebaskan daripada empat kes menggunakan kedudukan untuk suapan hampir RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram babit wang sama, akan diputuskan Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu.
Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini hakim Mahkamah Rayuan) dijadualkan membaca keputusan itu pada jam 9 pagi. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Najib Razak
#kompleks mahkamah kuala lumpur
#penyokong
#berkumpul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan