awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
" Jho Low arah cek Najib jangan ditolak" - Saksi
Rizab Antarabangsa BNM pada AS$126.9 bilion setakat 30 Jan, 2026
Bursa Malaysia ditutup tinggi berikutan belian kukuh saham mewah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Orangutan 'bebas' selepas dapat writ habeas corpus dari mahkamah

Agensi
Agensi
22/12/2014
05:00 MYT
Orangutan 'bebas' selepas dapat writ habeas corpus dari mahkamah
Keputusan mahkamah di Argentina membuka jalan kepada banyak lagi kes melibatkan spesis haiwan berperasaan. - Gambar hiasan
Mahkamah Argentina membuat keputusan untuk 'membebaskan' seekor orangutan yang menjadi tumpuan dalam satu kes mahkamah di negara itu.
Sebelum itu sekumpulan peguam telah membuat rayuan kepada mahkamah agar membebaskan seekor orangutan bernama Sandra daripada kurungan zoo Buenos Aires dengan hujah bahawa walaupun ia bukan manusia, ia tetap layak diberikan hak dalam perundangan.
Dalam hujah tersebut, mereka menyatakan bahawa Sandra telah dikurung secara tidak sah.
Jika tiada kesulitan sepanjang pendengaran itu, haiwan tersebut akan dipindahkan ke sebuah santuari di Brazil agar ia dapat menikmati kehidupan bebas.
Perkara yang menjadi persoalan utama adalah sama ada Sandra dianggap sebagai ‘haiwan’ atau ‘manusia’.
Sebelum ini, sebuah mahkamah di New York telah menolak permintaan untuk membebaskan seekor cimpanzi yang dimiliki oleh orang persendirian atas hujah bahawa haiwan itu adalah ‘harta’ dan tidak mempunyai sebarang hak.
Para pengamal undang-undang dari Persatuan Peguam Profesional Argentina untuk Hak Haiwan (Afada) berkata, Sandra ialah ‘seorang manusia’ secara falsafah, kalau bukan sebab biologi.
Dalam penghujahan mereka, orangutan itu berada dalam situasi penindasan kebebasan secara tidak sah sebagai ‘bukan manusia yang berperasaan’.
Mereka telah memfailkan writ habeas corpus bagi pihak orangutan itu November lalu dengan hujah ‘pengurungan tidak adil bagi haiwan dengan keupayaan kognitif’.
Peguam Afada, Paul Buompadre, seperti yang dinyatakan pada akhbar La Nacion memberitahu: "Perkembangan ini bukan sahaja membuka jalan kepada haiwan jenis mawas lain malah untuk banyak jenis haiwan berperasaan lain yang dikurung secara tidak adil di zoo, sarkas, taman tema air dan makmal-makmal saintifik..”
Hakim-hakim mahkamah itu sebelum ini telah beberapa kali menolak writ berkenaan sebelum akhirnya membuat keputusan bahawa Sandra boleh diberi pertimbangan untuk mendapatkan pembelaan seterusnya kebebasan.
Sandra dilahirkan pada tahun 1986 di sebuah zoo Jerman dan tiba di Buenos Aires pada September 1994.
Ia selalunya menghindari daripada berdepan dengan tetamu zoo ketika dalam kurungan.
Topic Berkaitan
#Argentina
#Bebas
#Habeas Corpus
#mahkamah
#orangutan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan