awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
" Jho Low arah cek Najib jangan ditolak" - Saksi
Rizab Antarabangsa BNM pada AS$126.9 bilion setakat 30 Jan, 2026
Bursa Malaysia ditutup tinggi berikutan belian kukuh saham mewah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Orangutan bunuh manusia: Kenyataan Zuraida undang kecaman netizen

Sinar Harian
Sinar Harian
20/01/2022
05:54 MYT
Orangutan bunuh manusia: Kenyataan Zuraida undang kecaman netizen
Zuraida (gambar) dikecam kerana didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa di negara ini, lebih banyak orangutan bunuh manusia berbanding haiwan itu yang dibunuh. - Gambar fail
SHAH ALAM: Kenyataan 'lebih banyak orangutan bunuh manusia berbanding haiwan itu dibunuh di negara ini' oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin mengundang kecaman netizen.
Malah kenyataan Ahli Parlimen Ampang tersebut yang turut mengatakan bahawa singa wujud di negara ini juga dikritik netizen sebagai tidak tepat.
"Di Malaysia, jika kita jumpa orangutan, orangutan itu akan bunuh kita dulu, bukan kita bunuh orangutan itu," katanya melalui satu rakaman video yang tular di media sosial.
Katanya, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mempunyai dasarnya sendiri berhubung haiwan seperti orangutan, singa dan harimau.
“Anda fikir mereka (Perhilitan) dengan mudah akan bunuh orangutan? Begitu juga dengan singa dan harimau. Mereka tidak bunuh haiwan-haiwan ini. Ada prosedur tertentu menguruskannya.
“Anda boleh tanya Perhilitan. Mereka boleh beritahu berapa banyak orangutan di negara ini, berapa yang sudah mati, berapa masih hidup dan di mana haiwan-haiwan ini,” tambahnya.
Rakaman video berdurasi satu minit 35 saat itu turut mendapat reaksi dari bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli.
“Banyak benda boleh belajar dari menteri-menteri yang bijak pandai. Selamba cikgu aku dulu tipu kat (dekat) sekolah, tidak ajar benda sebegini,” ujarnya.
Banyak benda boleh belajar dari menteri2 yg bijak pandai: 1) di Malaysia, kalau orang utan jumpa manusia, orang utan bunuh manusia dulu 2) di Malaysia ada singa Selamba aaah cikgu aku dulu tipu kat sekolah, tak ajar benda2 ni pic.twitter.com/saU8zc6YhN
— Rafizi Ramli (@rafiziramli) January 19, 2022
Sementara itu, menurut pengguna Twitter @JoeLabu311, Zuraida seharusnya melakukan kajian terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan.
"Buatlah kajian sikit. Awak menteri. Bukan ahli mesyuarat tingkap," katanya.
Dear Datuk @zuraida_my, I am a native Sarawakian and former orang utan biologist who have worked in the field from Sarawak to Central Kalimantan, studying wild orang utans and for orang utan conservation. Orang utans have more to fear from men sadly than vice versa.
— June Rubis, PhD (@JuneRubis) January 20, 2022
Orang Utan kill human? Malaysia has lions? Are you serious, minister?! #Embarrassment pic.twitter.com/hrD4NXCheA
— Chang Lih Kang (@changlihkang) January 19, 2022
Artikel asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Rafizi Ramli
#orangutan
#Zuraida Kamaruddin
#orangutan bunuh manusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan