awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malique kongsi foto dukung bayi, ubat kerinduan peminat
Pemandu van Siam mengaku tidak salah langgar gadis hingga maut
KPM jangka peningkatan ketara jumlah kemasukan murid kawasan bandar tahun depan - Fadhlina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Orkid Mokara Malaysia tembusi pasaran Dubai

Bernama
Bernama
28/06/2023
21:00 MYT
Orkid Mokara Malaysia tembusi pasaran Dubai
Orkid Mokara keluaran Malaysia merupakan satu daripada jenis bunga yang dieksport terutamanya ke Singapura dengan nilai purata tahunan sebanyak RM11.62 juta pada 2016 hingga 2020. - Gambar hiasan/Unplash
KUALA LUMPUR: Permintaan bunga Orkid spesies Mokara dan nilai jualan yang tinggi di Dubai, Emiriah Arab Bersatu membuka peluang pasaran baharu untuk industri orkid negara memandangkan lokasi tersebut merupakan antara destinasi pelancongan dan kewangan terkemuka dunia.
Jabatan Pertanian Malaysia dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan Orkid Mokara keluaran Malaysia merupakan satu daripada jenis bunga yang dieksport terutamanya ke Singapura dengan nilai purata tahunan sebanyak RM11.62 juta pada 2016 hingga 2020.
"Selain Singapura, Dubai turut menjadi pilihan sebagai destinasi eksport untuk orkid tempatan kerana syarat pengeksportan ke bandar raya itu lebih mudah dari segi syarat fitosanitasi yang ditetapkan oleh negara tersebut," menurut kenyataan itu.
Berdasarkan kenyataan itu, nilai ekonomi industri florikultur di Malaysia merupakan satu daripada penyumbang kepada nilai eksport negara yang mencatatkan sebanyak RM417.3 juta sepanjang 2021 dan nilai dagangan negara menerusi keuntungan industri itu menunjukkan peningkatan ketara berbanding pencapaian 2020 berjumlah RM403 juta.
"Jabatan Pertanian akan sentiasa membantu dalam memudah cara pemain industri florikultur terutama dalam proses pengeksportan dan laluan pasaran luar negara," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#spesies Mokara
#nilai ekonomi
#industri florikultur
#destinasi eksport
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan