NATIONAL

Orkim Harmony: Kru selamat, rundingan dengan perampas sedang dijalankan

Madiha Abdullah 18/06/2015 | 07:02 MYT
Semua anak kapal disahkan selamat.
Kesemua 22 anak kapal tangki MT Orkim Harmony yang hilang sejak Khamis lalu disahkan selamat.

Perkara tersebut disahkan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar melalui akaun Twitter miliknya sebentar tadi.

Beliau turut memberitahu bahawa kapal KD Terengganu berjaya memintas kapal tangki berkenaan dan dapat berkomunikasi dengan kapten kapal tersebut.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Melalui perbualan itu, semua anak kapal disahkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Tweet terbaharu beliau menyebut usaha kini ke arah memujuk perampas kapal tersebut agar menyerah diri dan berjanji mereka tidak akan diapa-apakan jika berbuat demikian.

#kapal tangki #MT Orkim Harmony #rampasan kapal