awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Latvia lapor kerosakan kabel dasar laut di Laut Baltik
Menteri Luar Norway sokong kedaulatan Denmark susulan Trump kembali berminat terhadap Greenland
Indonesia zahir kebimbangan terhadap perkembangan terkini di Venezuela
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

P. Pinang benar imarah masjid secara bersemuka mulai esok

Bernama
Bernama
25/11/2021
10:32 MYT
P. Pinang benar imarah masjid secara bersemuka mulai esok
Aktiviti yang dibenarkan antaranya majlis rasmi dan aktiviti sosial seperti aktiviti ceramah agama, kelas pengajian, mesyuarat jawatankuasa, majlis akad nikah, jamuan makan dan program gotong-royong. - Gambar/ Astro AWANI
GEORGE TOWN: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) membenarkan semua aktiviti pengimarahan di semua masjid dan surau di seluruh negeri itu diadakan secara bersemuka dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat bermula solat Subuh esok.
Pengarahnya, Datuk Mohd Zakuan Zakaria berkata aktiviti pengimarahan yang dibenarkan antaranya majlis rasmi dan aktiviti sosial seperti aktiviti ceramah agama, kelas pengajian, mesyuarat jawatankuasa, majlis akad nikah, jamuan makan dan program gotong-royong.
"JHEAIPP juga membenarkan penceramah atau khatib solat Jumaat dari luar negeri Pulau Pinang untuk menyampaikan ceramah atau khutbah Jumaat namun mereka perlu mendapatkan vaksinasi lengkap dan perlu membuat ujian saringan COVID-19 dengan keputusan negatif dan mendapat kebenaran khas daripada Pegawai Tadbir Agama Daerah masing-masing," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata bermula esok juga jemaah yang bukan ahli kariah dibenarkan untuk melaksanakan solat Jumaat, solat fardu dan solat jenazah secara berjemaah di mana-mana masjid atau surau di seluruh Pulau Pinang mengikut keluasan ruang solat dan ruang yang bersesuaian.
Mohd Zakuan berkata kawasan solat itu hendaklah dipagari bagi memastikan pematuhan SOP dapat dilakukan dengan sempuna dan jemaah yang hadir ke surau atau masjid perlu sihat.
Katanya, semua kebenaran itu masih tertakluk kepada SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
"Jemaah perlu membuat pendaftaran melalui MySejahtera, membuat pemeriksaan suhu badan, wajib memakai pelitup muka, menggunakan pensanitasi tangan, membawa sejadah bersaiz besar dan mengekalkan penjarakan satu meter seperti yang telah dinyatakan dalam Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pulau pinang
#aktiviti imarah masjid
#ceramah agama
#vaksinasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan