awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bukan Jamilah tapi Pak Su Ammara, Que Haidar kembali jadi ‘lead’ untuk drama bersiri selepas 16 tahun
Nama anak boleh ditolak JPN? Fakta penting dan mengejutkan yang mama papa wajib tahu
Perkembangan pengoperasian LRT3 dimaklumkan sekitar Januari 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

P. Pinang bincang dengan Thailand isu sekatan eksport ikan siakap dan udang

Bernama
Bernama
28/09/2025
10:07 MYT
P. Pinang bincang dengan Thailand isu sekatan eksport ikan siakap dan udang
Perbincangan itu menyentuh pelbagai isu teknikal termasuk pelanggaran prosedur eksport oleh sebahagian pengeksport tempatan yang dikenal pasti sebagai punca utama sekatan itu dikenakan. - Instagram Fahmi Zainol
GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang telah mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa Thailand bagi menangani isu sekatan eksport ikan siakap dan udang ke negara itu yang menjejaskan industri akuakultur tempatan.
Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi negeri Fahmi Zainol berkata perbincangan itu menyentuh pelbagai isu teknikal termasuk pelanggaran prosedur eksport oleh sebahagian pengeksport tempatan yang dikenal pasti sebagai punca utama sekatan itu dikenakan.
"Lima tuntutan rasmi telah dibentangkan oleh kerajaan negeri kepada pihak berkuasa Thailand bagi memastikan kepentingan penternak di negeri ini terus terpelihara dan dalam perbincangan yang diadakan, Thailand telah memaklumkan bahawa terdapat pelanggaran prosedur eksport oleh sebahagian pengeksport sebelum ini yang menyebabkan sekatan dikenakan di pintu masuk mereka.
"Sehubungan itu, kerajaan negeri telah merayu pertimbangan khas agar beberapa penternak diberi kebenaran sementara untuk meneruskan eksport seperti yang telah dimohon dalam surat rasmi yang dikemukakan kepada pihak berkuasa Thailand," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Namun beliau berkata pihak Thailand menegaskan bahawa keputusan hanya boleh ditentukan oleh jawatankuasa mereka dan bagi membina keyakinan serta memastikan ketelusan, kerajaan negeri telah menjemput mereka untuk mengadakan lawatan serta pemeriksaan ke atas ladang-ladang ikan serta udang di negeri ini.
Fahmi berkata pihak berkuasa Thailand bersetuju untuk mengadakan lawatan itu dalam masa terdekat sebelum membawa hasil laporan ke peringkat jawatankuasa mereka untuk dipertimbangkan.
Katanya kerajaan negeri yakin bahawa sekiranya penternak dapat membuktikan tahap biosekuriti, keselamatan dan kebersihan yang diamalkan, pintu eksport ke Thailand akan dapat dibuka semula seperti sebelum ini.
"Isu itu dijangka dapat diselesaikan selewat-lewatnya pada hujung tahun ini atau awal tahun 2026, bergantung kepada keputusan jawatankuasa di pihak Thailand," katanya.
Beliau berkata buat masa ini, penternak di Pulau Pinang menanggung kerugian jutaan ringgit melibatkan hampir 80 peratus pengeluaran ikan siakap dan udang negeri ini yang tidak dapat dipasarkan ke negara jiran itu.
Menurutnya kerajaan negeri akan terus memainkan peranan aktif dalam memperjuangkan kepentingan penternak tempatan dan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Thailand bagi mencari jalan penyelesaian terbaik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pulau pinang
#Thailand
#sekatan eksport
#ikan siakap
#udang
#Fahmi Zainol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan