awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Niaga hadapan emas dijangka kekal dalam aliran positif minggu depan
Penyertaan pasaran meningkat dijangka pacu kenaikan Bursa Malaysia minggu depan
Ketua PBB amat khuatir tindakan Israel sasar NGO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

P. Pinang tawar sekolah sebagai PKRC jika kes COVID-19 terus meningkat

Bernama
Bernama
10/01/2021
07:47 MYT
P. Pinang tawar sekolah sebagai PKRC jika kes COVID-19 terus meningkat
KON YEOW: Bagaimanapun ini bergantung pada kelulusan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang. - Gambar fail
GEORGE TOWN:Pulau Pinang akan mencadangan sekolah dijadikan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah jika kes di negeri itu terus meningkat dan tidak dapat ditampung oleh fasilitii sedia ada.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata penggunaan sekolah tersebut adalah sebagai tambahan kepada dewan komuniti.
"Bagaimanapun ini bergantung pada kelulusan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang. Ada hotel, namun akan libatkan kos tinggi," katanya selepas menghadiri majlis sumbangan ikhlas beg penyayang badan bukan kerajaan (NGO) One Hope Charity di Pusat Khidmat DUN Padang Kota di sini hari ini.
Terdahulu pada majlis itu, Penasihat One Hope Charity Datuk Seri R. Arunasalam menyampaikan 4,200 bakul makanan mengandungi keperluan asas bernilai RM300 setiap satu kepada Chow untuk disumbangkan kepada keluarga kurang berkemampuan.
Chow yang berterima kasih atas keprihatinan NGO tersebut, berkata bantuan membabitkan peruntukan berjumlah RM1.26 juta berkenaan akan diserahkan kepada 40 Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) di negeri itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Chow Kon Yeow
#pandemik
#COVID-19
#Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19
#dewan komuniti
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan