awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

P. Pinang terima 30,000 kg beras menerusi Intervensi Pengedaran BPT

Bernama
Bernama
19/09/2023
12:14 MYT
P. Pinang terima 30,000 kg beras menerusi Intervensi Pengedaran BPT
Pulau Pinang menjadi negeri pertama menerima 30,000 kilogram (kg) beras menerusi Intervensi Pengedaran Beras Putih Tempatan (BPT) hari ini dalam usaha menambah bekalan beras di negeri itu. - Gambar hiasan/Astro AWANI
GEORGE TOWN: Pulau Pinang menjadi negeri pertama menerima 30,000 kilogram (kg) beras menerusi Intervensi Pengedaran Beras Putih Tempatan (BPT) hari ini dalam usaha menambah bekalan beras di negeri itu.
Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keterjaminan Makanan, Pembangunan Koperasi negeri Fahmi Zainol berkata semua beras bagi setiap kampit 10kg itu dipasarkan menerusi pusat-pusat jualan Lembaga Pemasaran Pertanian (FAMA) di seluruh negeri bermula hari ini, dengan harga yang ditetapkan oleh BPT.
"Bekalan BPT akan dihantar ke negeri ini secara bersiri bagi menampung pasaran dan kekurangan bekalan beras tersebut dalam memastikan rakyat negeri ini mendapat beras lebih murah berbanding beras import yang lebih mahal.
"Namun menerusi program itu setiap individu hanya boleh membeli maksimum dua kampit iaitu 20kg BPT itu manakala peniaga pula 10 kampit (100kg)," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Sebelum ini, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan BPT di seluruh negara dijangka pulih dalam tempoh sebulan susulan langkah intervensi segera yang sedang dilaksanakan kerajaan.
"Saya harap dengan program Intervensi Pengedaran BPT itu sekurang-kurangnya dapat membantu penduduk mendapatkan bekalan beras dan saya minta juga orang ramai tidak membuat pembelian panik (BPT) yang akan menyebabkan masalah beras itu terus tiada di pasaran," katanya.
Beliau berkata Pulau Pinang akan memohon kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan agar memberi autonomi kepada kerajaan negeri supaya dapat mengawal pengeluaran beras dan benih padi bagi memastikan bekalan di Pulau Pinang sentiasa mencukupi.
"Bagi jangka masa panjang, kerajaan negeri memohon untuk mendapatkan kuota pengeluaran benih padi supaya dapat mewujudkan bank benih padi di negeri ini, dengan cara ini secara tidak langsung dapat mengelakkan kewujudan monopoli dan memastikan benih padi dapat diedarkan secara terus kepada pesawah," katanya.
Beliau berkata ketika ini, terdapat 5,262 pesawah di Pulau Pinang yang mengusahakan 12,105 hektar kawasan padi dan tahun lepas hasil pengeluaran padi sebanyak 122,321 tan matrik dengan tahun ini proses tuaian masih berlangsung.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pulau pinang
#beras
#Intervensi Pengedaran BPT
#beras putih tempatan
#bekalan beras
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan