MALAYSIA
PAC adakan prosiding susulan projek LCS pada 4 Feb
Mas Ermieyati berkata mesyuarat itu bagi membincangkan hasil lawatan kerja PAC berkaitan projek pembangunan kapal peronda generasi kedua LCS di Limbungan Lumut Naval Shipyard (LUNAS), Perak, hari ini. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara Parlimen (PAC) akan mengadakan satu mesyuarat prosiding berhubung projek pembangunan kapal tempur pesisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Bangunan Parlimen, di sini pada 4 Feb ini.
Pengerusi PAC Parlimen Datuk Seri Mas Ermieyati Samsudin berkata mesyuarat itu sebagai susulan bagi membincangkan hasil lawatan kerja PAC berkaitan projek pembangunan kapal peronda generasi kedua LCS di Limbungan Lumut Naval Shipyard (LUNAS), Perak, hari ini serta perkembangan terkini projek itu.
"Lawatan ini adalah yang ketiga untuk PAC memantau projek tersebut sebagai susulan kepada prosiding-prosiding PAC terdahulu mengenai projek LCS," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata semasa sesi lawatan itu, PAC Parlimen diberi taklimat berkenaan kemajuan pembinaan kapal-kapal LCS, garis masa projek serta cabaran yang dihadapi dalam menyiapkan projek berkenaan.
"PAC turut dibawa melihat sendiri kapal LCS1 di Limbungan LUNAS yang sedang dalam proses pembinaan. PAC turut dibawa meninjau LCS2 dan LCS3 yang sedang dalam pembinaan dari bahagian luar," katanya.
Semasa lawatan itu, delegasi PAC antaranya disertai wakil daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Kewangan, Jabatan Audit Negara dan Jabatan Akauntan Negara.
Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan (MINDEF) Datuk Lokman Hakim Ali, beberapa delegasi MINDEF serta TLDM.
Mas Ermieyati berkata PAC akan terus memantau perkembangan projek LCS dari semasa ke semasa bagi memastikan pembinaan kapal itu disiapkan mengikut garis masa serta kos yang telah dipersetujui.
-- BERNAMA